Siakap Keli

Kelantan Bakal Muncul Negeri Termaju Sebaik ECRL Beroperasi

Bachok : Kelantan bakal muncul sebagai negeri termaju apabila projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) siap dibina dan beroperasi menjelang tahun 2026, selaras dengan kekayaan hasil bumi, produk pertanian dan industri pelancongannya, yang amat berpotensi untuk dieksport.

Naib Canselor  Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dr Noor Azizi Ismail berkata produk-produk yang dihasilkan dari ketiga-tiga elemen itu boleh dikomersial dan dieksport ke peringkat antarabangsa menerusi projek itu dari Tok Bali (stesen kargo dan penumpang) ke Pelabuhan Klang.

”Kemudahan itu disokong pula dengan pengangkutan udara menerusi Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa  dan laut  menerusi Pelabuhan Tok Bali,” katanya kepada sumber pada Program Menandatangani Memorandum Persefahaman UMK-Lembaga Kemajuan Wilayah (Perda) di UMK di sini, hari ini.

Turut hadir  Pengerusi Tekun Nasional, Datuk Seri Mohd  Suparadi Mohamad Nor dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah (PERDA) dan  Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Prof Madya Ahamad Tarmizi Azizan.

Dr Noor Azizi berkata, UMK akan berkerjasama dengan kerajaan Kelantan dengan menawarkan tenaga pakar bagi mengkaji cara untuk mengeluarkan bahan yang bernilai tinggi dari perut bumi, yang sebelum ini tidak banyak usaha dilakukan.

Katanya bagi meningkatkan hasil tani pula UMK akan berkerjasama dengan China untuk menggunakan pelbagai kaedah bagi meningkatkan hasil pengeluaran, sehingga mampu dieksport ke luar negara.

Selain itu, UMK yang berteraskan keusahawanan pula mensasarkan untuk mengeluarkan 10 peratus daripada jumlah 9,000  graduan yang ada sekarang, mempunyai ijazah dalam bidang keusahawanan yang berwibawa dalam tempoh lima tahun datang.

”Ia sebagai langkah penyediaan untuk merealisasikan peluang-peluang yang  bakal timbul, bukan sahaja mereka dapat berdikari tetapi juga mampu mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak Kelantan,” katanya .

Sementara itu Mohd Suparadi menerusi memorandum itu berkata, TEKUN akan berkerjasama dengan UMK dalam usaha mengeluar  lebih ramai graduan dalam bidang keusahawanan.

Beliau berkata, sebelum ini TEKUN berjaya mengeluarkan usahawan secara konvensional iaitu di peringkat kampung sahaja dan tidak mampu untuk diketengahkan.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.