Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Lepas Ni Dah Tak Perlu Beli..” Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Gadis Ini Kongsi Resepi Sate Turun Termurun

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Lagi beberapa hari kita akan menemui bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Selesai 30 hari berpuasa pastinya kita akan meraikan kemenangan di hari raya. Pastinya anda akan teruja untuk menyediakan kelengkapan rumah mahupun juadah untuk menyambut perayaan tersebut. Pelbagai juadah pastinya akan tersedia di atas meja pada pagi itu antaranya lemang, ketupat, nasi impit, rendang dan sate.

Gambar : Travelvui.com

Sate adalah kepingan daging mahupun ayam yang dicucuk dengan lidi dan dibakar di atas. Ia merupakan hidangan popular yang selalu dihidangkan di kenduri, jamuan mahupun perayaaN. Seorang pengguna Facebook, Aisyah Mohd Nor telah berkongsi resepi untuk membuat sendiri makanan ini dirumah. Hantaran Aisyah dalam sebuah group di laman terbabit telah mendapat lebih 15,000 kali perkongsian. Menurut Aisyah:

Resepi satay kebetulan memang saya meniaga satay resepi ni turun temurun dari arwah tok sampai mak sampai lah ke anak cucunya saja share untuk kawan2 manalah tahu nak berniaga ke nak buat untuk raya nanti ambil lah resepi ni sy halal kan dunia akhirat dh 2 3 org sy ajarkn untk berniaga semoga bermafaat ilmu ni insyallah…

Bahan-bahan
Isi dada/peha ayam 10kg
Gula 3 kilo
Garam 10 sudu jangan membukit ngam2 saja
Aji 2 sudu
Kunyit babas 125g

Gambar : Aisyah Mohd Noor

Bahan-bahan diblend
Jintan manis biji 20sudu
Jintan putih biji 10sudu
Serbuk ketumbar babas 10sudu
Serai 10 btg
Lengkuas agak2 2 ibujari
Halia agak2 2ibu jari
Bawang putih 1 labu
Bawang besar 2 biji

Gambar : Aisyah Mohd Noor

Cara-cara
Potong dadu isi ayam,kulit ayam celur sekejap potong kecik agak2 boleh cucuk,masuk semua bahan2di atas gaul rata perap 2 3 jam boleh lah cucuk bakar..

 

Gambar : Aisyah Mohd Noor
Gambar : Aisyah Mohd Noor
Gambar : Aisyah Mohd Noor
Gambar : Aisyah Mohd Noor
Gambar : Aisyah Mohd Noor
Gambar : Aisyah Mohd Noor

Bahan renjis masa bakar
2 sudu susu pekat manis/santan, air perap satay,air masak sikit,minyak masak campur buat untuk renjis,bau harum semerbak masa bakar nanti

Untuk kuah kacang
Bahan-bahan

Kacang tanah 3kg
Minyak masak 1kg
Cili kering
Gula 1 kg
Garam
Air perapan satay 5 cawan
Bahan tumis sama macam bahan bland tadi sukatan separuh dari tadi

Cara-cara buat kuah kacang

Tuang minyak dlm kuali terus letak kacang bila minyak panas kacang pun masak jgn smp hitam nanti lemak kacang hilang, goreng cabai kering angkat bila sejuk boleh lah tumbuk atau blend(saya blend dengan air).

Tumis bahan blend(serai lengkus bawang putih/merah halia jintan manis/putih ketmbar) dalam kuali dengan minyak sampai pecah minyak,kemudian tuangkn bahan tumis dlm kacang dgn cabai yg di blend tadi perasakn dengan gula garam..kalau suka aji bubuh lah sikit dan kalau x suka manis buleh kurang kan gula ikut cita rasa sendiri.

Gambar : Aisyah Mohd Noor

Sumber : Aisyah Mohd NorĀ 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.