Siakap Keli

Lima Negara Paling Berkuasa Di Dunia

Tedapat lebih daripada 150 buah negara di dunia ini dan setiap negara memainkan peranan masing-masing.

Sama ada negara besar seperti Amerika Syarikat dan China yang banyak mencorakkan dunia, ada juga negara-negara kecil yang tidak ramai ketahui kewujudannya.

Daripada ratusan negara-negara yang wujud, ini adalah 5 buah negara paling berkuasa menurut US News and World Report’s “2019 Best Countries”.

5. United Kingdom

Ramai yang mengenali negara UK kerana liga bola sepaknya yang ditonton di seluruh dunia.

Selain bola sepak, UK turut memainkan peranannya yang tersendiri dalam pelbagai aspek antara dalam bidang ekonomi, politik dan juga ketenteraan.

Selain itu, ibukota UK iaitu London turut disenaraikan ibu kota dunia yang paling banyak dilawati.

4. Jerman

Jerman merupakan negara paling ramai penduduk dalam Kesatuan Eropah dan negara dengan tenaga kerja berkualiti tinggi.

Walaupun Jerman mempunyai krisis politik dalaman, sehingga kini Jerman yang juga kuasa ekonomi utama EU menjadi pemain utama dalam kesatuan tersebut.

3. China

China merupakan negara paling ramai penduduk dunia dan negara ekonomi kedua terbesar dunia.

Selain berlaku peningkatan mendadak dalam sektor ekonomi dengan perkembangan teknologi yang pesat, China juga turut berkembang dalam sektor-sektor lain seperti industri angkasa dan ketenteraan.

2. Rusia

Rusia secara saiznya adalah negara terbesar di dunia dan berkongsi sempadan dengan berdozen-dozen negara sekaligus mempunyai pengaruh terhadap negar-negara jirannya.

Selain sejarah Kesatuan Soviet dan sumber minyak, kuasa Rusia juga datang daripada kekuatan ketenteraannya yang berjaya menyaingi kekuatan negara di tangga pertama.

1. Amerika Syarikat

Amerika Syarikat sekian lama menjadi negara kuasa dunia dan mempunyai pengaruh yang amat kuat di seluruh dunia.

Selain menjadi negara ekonomi terbesar dunia, kekuatan ketenteraan Amerika Syarikat turut berada di tempat pertama.

Malah, budaya-budaya Amerika Syarikat seperti musik, filem dan juga buku-buku daripada negara Uncle Sam itu turut menjadi ikutan penduduk-penduduk di seluruh bahagian dunia.

Sumber: Business Insider

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.