Siakap Keli

Maharaja Jepun Turun Takhta, Pertama Kali Dalam 200 Tahun

Pada 30 April, untuk julung-julung kalinya selama 200 tahun, Maharaja Jepun akan melepaskan tahtanya dan diserahkan kepada anak sulung beliau yang berusia 59 tahun. Dengan pertukaran tahta itu, anak sulung beliau mengambil alih Takhta Kekwa- iaitu membuka satu lembaran baru bagi monarki tertua di dunia itu.

Putera Mahkota Naruhito bakal membuka empayar baru ‘Reiwa’ – membawa erti ‘keharmonian indah’- yang akan berterusan sepanjang tempoh pemerintahan raja baru. Keluarga Diraja Jepun juga bakal mengadakan beberapa acara penuh takzim sempena Maharaja Akihito menyerahkan takhta kepada putera mahkota.

Dalam pengunduran yang bersejarah itu, Jepun juga yang terkenal sebagai sebuah negara yang ‘bekerja keras’ akan mengadakan cuti selama 10 hari sebagai tanda meraikan pertukaran maharaja baru. Percutian itu juga adalah gabungan dengan perayaan tradisional ‘Minggu Emas’ pada bulan Mei.

Maharaja Akihito yang berumur 85 tahun itu akan turun takhta pada jam 5.00 petang waktu tempatan dalam satu upacara ringkas yang di panggil ‘Matsu-no Ma’ yakni dewan yang dianggap paling indah di Istana Imperial serba mewah.

Namun begitu, Putera Mahkota hanya akan menaiki takhta pada tengah malam ini. Beliau bakal mewarisi pakaian kebesaran pada upacara kedua pada Rabu, jam 10.30 pagi, sebelum beliau meyampaikan ucapan umum rasmi pertamanya.

Satu majlis mewah dan upacara penabalan awam juga akan diadakan sekaligus menjemput pada pemimpin dunia yang akan diadakan pada 22 Oktober ini.

Maharaja Akihito pada 2016 telah mengemparkan penduduk Jepun apabila beliau mengumumkan mengenai hasratnya untuk turun daripada Takhta Kekwa atas sebab usia dan masalah kesihatan yang dihadapi oleh beliau. Beliau sebelum ini pernah dirawat untuk penyakit barah prostat dan pernah melalui pembedahan jantung.

Sumber: Berita MediaCorp

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia