Siakap Keli
Gambar : BERNAMA

Malaysia Tidak Buka Kedutaan Di Israel – Marzuki

Pendirian Malaysia dalam memperjuang nasib rakyat Palestin adalah konsisten dan pendirian Malaysia terhadap Israel masih tidak berubah iaitu tiada sebarang hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya.

Beliau sekali gus menegaskan bahawa kerajaan tidak akan sama sekali mempertimbang untuk membuka kedutaan besar Malaysia di Israel selagi konflik antara Palestin dan Israel tidak diselesaikan.

“Malaysia tidak akan berkompromi selagi penindasan ke atas rakyat Palestin masih berterusan dan tiada keikhlasan di pihak Israel untuk mencari penyelesaian saksama berhubung konflik Israel dengan Palestin,” katanya ketika menggulung perbahasan Titah Diraja pada persidangan Dewan Negara bagi kementeriannya hari ini.

Tegasnya, Malaysia komited dalam memberi sokongan kepada Palestin untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

“Kerajaan sentiasa memberi sokongan padu kepada Palestin dan rakyatnya baik dari segi politik, ekonomi dan moral malah turut memberi bantuan berbentuk kemanusiaan, sumbangan kewangan serta sumbangan untuk pembangunan infrastruktur asas dan pembangunan kapasiti sama ada secara langsung mahupun melalui pertubuhan antarabangsa dan badan bukan kerajaan,” tambahnya.

Sumber : BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.