Siakap Keli

Mangsa Serangan Jantung Selamat Selepas Ambulans Lalu Jalan Berlopak Buat Degupan Jantungnya Kembali Normal

Seorang warga emas daripada Nebraska, Amerika Syarikat yang dikejarkan ke hospital akibat arrhythmia, degupan jantung terlalu laju, terselamat selepas ambulan yang mebawanya terpaksa melalui kawasan berlopak, sekaligus berjaya menstabilkan semula degupan jantungnya.

Ketika kejadian, jantung lelaki berusia 59 tahun itu berdegup pada kadar 200 degupan seminit berbanding degupan normal lelaki dewasa pada 60 hingga 100 seminit.

Unit ambulans daripada Jambatan Bomba dan Penyelamat Gretna yang membawa mangsa terpaksa memecut laju dan melalui kawasan berlopak untuk menuju ke Hospital CHI Health Lakeside yang memakan masa selama 20 minit.

Tayar ambulans yang secara tiba-tiba memasuki kawasan lopak menyebabkan kenderaan melambung dan pada masa yang sama berjaya menstabilkan degupan jantung mangsa.

Berita mengenai keajaiban dan lopak yang menyelamatkan mangsa serangan jantung itu turut beredar di media sosial.

”Pasukan penyelamat Gretna dalam perjalanan ke Hospital Lakeside membawa seorang lelaki dengan degupan jantung 200 bpm.

”Gretna ketika ini cuba menghubungi mereka setelah pemandu memaklumkan ambulans tersangkut dalam lopak. Pada masa yang sama, lopak berkenaan juga membantu memulihkan serangan jantung mangsa,” kata salah satu laman twitter.

Pesakit arrhythmia biasanya akan dirawat dengan kejutan elektrik bagi mengembalikan denyutan jantung yang stabil.

Impak pelanggaran lopak secara tiba-tiba juga memberikan kesan kejutan yang sama seperti kejutan elektrik yang kemudian membantu memulihkan denyutan jantung mangsa.

”Ia jarang-jaran berlaku, tetapi apa yang terjadi memang mengagumkan,” Dr. Andrew Goldsweig daripada Nebraska Medicine.

Bagaimanapun pihak Bomba Gretna enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai insiden tersebut bagi menghormati privasi mangsa.

Kisah mengenai lopak yang menyelamatkan nyawa mangsa serangan jantung ini mendapat perhatian di media sosial dan menjadi tular dengan pantas.

Sumber: Daily Mail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.