Siakap Keli

“Mommy Ada Kat Syurga,” Hasrat Bergambar Dengan Anak Bongsu Tertunai, Bayangan Ibu ‘Hadir’ Lengkapkan Foto Keluarga

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin ada yang menganggap bahawa tugas jurugambar hanya didominasi oleh lelaki. Namun jangan terkejut kerana kini ia turut ‘disertai’ oleh golongan wanita. Sebenarnya, sejak dari dahulu telah ramai wanita yang menceburi bidang ini diseluruh dunia namun kurang dketahui. Bagi peminat fotografi, nama Anna Atkin atau Annie Leibovitz pastinya sudah sebati dengan anda kerana mereka merupakan antara jurugambar wanita terawal di dunia.

Menjadi jurugambar wanita tentunya mempunyai kelebihan sendiri terutamanya dalam tema human interest serta perkara yang berkaitan dengan emosi, kekeluargaan dan isu sensitif. Hal ini disebabkan oleh sifat wanita yang penuh perasaan dan sedaya upaya untuk mendalami mahupun memahami setiap perkara.

Gambar : My People Now

Wanita selalunya cuba mencari satu sudut untuk mengekpresikan emosi dalam setiap karya yang dihasil mereka. Oleh itu, ramai jurugambar wanita yang terlibat dalam pengambaran kekeluargaan seperti gambar bayi dan maternity (kehamilan). Maternity shoot kini sudah menjadi trend di mana para ibu hamil mengabdikan gambar semasa hamil sebagai kenangan.

Satu perkongsian oleh seorang jurugambar, Zara Heelana nyata telah menyentuh hati seluruh pengguna media sosial. Zara telah memuat naik beberapa keping gambar sebuah keluarga. Sayu apabila melihat gambar si ibu yang hanya sekadar bayangan ‘hadir sebentar’ untuk melengkapkan gambar berkenaan.

Lebih menyedihkan saat mengetahui bahawa ‘imbasan si ibu’ itu sebenarnya telah pergi meninggalkan keluarga tersebut buat selama-lamanya. Hantaran berkenaan tular dengan lebih dari 30,000 tanda suka dan 28,000 kali perkongsian oleh pengguna Facebook malam tadi. Menurut Zara:

“Mommy ada kat syurga”

Hampir 6 bulan arwah Ad’lean Nael’da meninggal dunia. Akhirnya, kami tunaikan amanah arwah Elin untuk buat photoshoot anak bongsunya Eva Miranda. Perasaan hiba bila anak sekecil ni tau mommy dia menanti dia, abg dan adik dia di syurga kelak.

Pada 19 April kami datang ke rumah arwah di Ipoh. Seperti biasa anak2 arwah dengan gembira menyambut kami depan pintu utk photoshoot.. Siap pegang tgn ajak masuk. Tolong angkat brg. Aku tak tau nak start mcm mana. Sebut Assalamualaikum pun dah kedengaran sebaknya disitu. Dalam hati berkali-kali aku sebut Ya Allah, aku kena kuat sbb ni amanah. Masa tu bayang suami arwah tak kelihatan lagi. Yang menyambut kami masa tu anak-anak arwah dengan baju princess masing-masing berwarna pink. Masing-masing dah excited.

Gambar : Zara Haleena

“Baby Eva Miranda”

Kalau dulu setiap kali datang untuk shoot, muka arwah yg pertama akan menyambut kami didepan pintu sambil tersenyum. Tp hari ni kami dtg, rasa kosong sgt. Kosong sgt-sgt. Selalu kami sampai rmh clients mesti nk tgk baby dulu..Dirumah arwah, kami setup terus setup props dulu. Pura-pura mcm sibuk sgt. Padahal, airmata ni aku tahan dari jatuh mengalir.

“Elin, Kak Zara tak kuat lagi nak tgk baby Ava.”

“Kak Zara takut Kak Zara nangis ingat awak Elin…”

Intan, salah seorang ahli keluarga datang menyapa kami.

“Kak Zara nk tgk baby Eva”

Aku selalunya mmg tak sabar nk tgk baby. Tapi kali ni aku seperti mengelak. Bukan sbb tak suka. Tapi aku takut aku akan menangis. Setelah siap setup semua props, tibalah masanya aku kena siapkan baby Eva.

Akhirnya mengalir juga airmata ini. Aku cepat2 mengesat airmata ni supaya Intan tak tgk. Dada berdegup kencang sgt sepanjang aku siapkan baby Eva Miranda. Beberapa minit kemudian baru kelihatan suami arwah turun dari tangga. Kelihatan wajah suami tenang sambil tersenyum. Dalam hati dia tak siapa yg tahu.

Gambar : Zara Haleena
Gambar : Zara Haleena

Arwah Elin, Melihat Ramai Sangat yang Membantu Menjaga Anak-Anak Arwah.

aku tahu arwah meninggalkan kenangan manis dalam setiap orang yang mengenali dirinya. Sampai satu tahap, aku merasakan arwah benar-benar bidadari syurga. Semasa baby Eva tengah menyusu, sempat lah kami bertanya pada Intan, mcm mana saat terakhir arwah. Kata Intan, bila dia ingat balik… mmg arwah Elin mcm tau je dia nk pergi. Intan bg tau. Kalau Intan berborak malam2 dgn arwah, Arwah selalu ingatkan org keliling dia.

Gambar : Zara Haleena

“Kalau akak tak ada, tolong jagakan anak-anak akak ye.”

Even Masa arwah start sakit, walaupun kebanyakkan masa arwah kat bilik. Intan bg tau dlm keadaan sakit arwah gagah buat persiapan brg2 Baby Ava selepas lahir nanti. Arwah mcm dah tau dia nak pergi dah. Bila Baby Ava lahir, tak ada apa yg perlu dibeli. Semua dah tersedia.

Alhamdulillah, Shoot berjalan dengan lancar walaupun pada ketika itu kami photoshoot dibuat ketika baby Ava Miranda berusia 5 bulan. Terima ksh utk assistant ku Zamzarina Abdullah kerana berjaya laksanakan amanah ini. Utk pengetahuan semua, kami juga merupakan photographer utk anak arwah Elin yg ketiga selain dari maternity photoshoot.

We re-create the family portrait photos they’d once taken but this time, with her beloved daughter, whom her wife never got to meet. Al-Fatihah.

Gambar : Zara Haleena

Sumber : Zara Haleena 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.