Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan - Google

Nisbah Doktor Kepada Pesakit Masih Belum Capai Sasaran Negara – Dr Lee

Kuala Lumpur : Nisbah doktor kepada pesakit di Malaysia masih belum mencapai sasaran negara, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Setakat ini, nisbah doktor kepada pesakit di Malaysia adalah satu doktor bagi setiap 520 pesakit.

“Walaupun masih tidak mencapai nisbah satu doktor kepada pesakit 1:450 tetapi ada mixed match dari segi bekalan doktor dan kepakaran mereka,” katanya ketika sesi Soal Jawab di persidangan Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan tambahan Senator Datuk Hanafi Mamat mengenai cadangan untuk mengkaji semula moratorium kerajaan yang dikenakan kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memandangkan nisbah doktor kepada pesakit belum mencapai tahap yang ditetapkan Bangsa-bangsa Bersatu.

Jelas Dr Lee, terlalu ramai graduan perubatan masih tidak dapat penempatan dalam program pegawai siswazah.

“Kita menghadapi kekangan dalam memberi peluang untuk housemanship. Buat sementara waktu ini moratorium itu akan dikekalkan sehingga masalah pembekalan peluang latihan sebagai pegawai perubatan siswazah ini dapat diatasi. 

 “Untuk makluman siswazah perlu menunggu lapan bulan untuk mendapat posting pertama sebagai houseman,” katanya.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.