Siakap Keli

Pasangan Australia Bersedih Kematian Anak Kena Ugut Dengan Wanita Malaysia, Bayar RM 2 Ribu Untuk Dapatkan Telefon Kembali

Seorang wanita berusia 24 tahun dari Malaysia didakwa di Mahkamah Majistret Ringwood selepas dituduh cuba memeras ugut sepasang suami isteri sebanyak AUD 1000 (RM 2,915) sebagai balasan untuk memulangkan semula telefon bimbit mereka yang hilang.

Pasangan suami isteri, Jay dan Dee Windross sebelum ini merayu di media sosial dan meminta sesiapa yang terjumpa telefon bimbit jenis Samsung Galaxy S8 supaya memulangkan kembali kepada mereka.

Telefon berkenaan hilang ketika mereka berbelanja di sebuah pusat membeli belah di Chadstone Shopping Centre pada 20 April lepas.

Menurut mereka, telefon berkenaan menyimpan beberapa keping gambar anak mereka yang meninggal dunia selepas beberapa hari telefom bimbit tersebut hilang.

Amiyah Windross, anak pasangan suami isteri itu meninggal dunia pada usia 11 bulan akibat masalah neurological disorder.

Menurut Jay, seorang wanita telah menghubungi mereka dan meminta wang tunai dimasukkan dalam sebuah akaun sebagai balasan untuk memulangkan telefon bimbit tersebut.

Wanita berkenaan yang berasal daripada Malaysia baru sahaja tinggal di Australia selama empat bulan dan bekerja sebagai penghantar Uber. Dia juga dikatakan mempunyai dua orang anak kecil yang ditinggalkan di Malaysia.

Dia juga tidak dibenarkan diikat jamin kerana Majistret percaya dia berpotensi untuk melarikan diri.

Jay berkata, sehingga kini mereka masih belum menemui telefon bimbit mereka yang hilang. Katanya lagi, anak mereka menghabiskan selama 200 daripada 300 hari hidupnya di hospital dan dengan telefon bimbit itu sajalah mereka merekod semua kenangan bersama Amiyah.

Sumber: News.au.com

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.