Siakap Keli

Pilihan Raya Thailand : Thanathorn Dakwa Petisyen Terhadapnya Bermotifkan Politik

Bangkok : Pemimpin parti Future Forward, Thanathorn Juangroongruangkit mendakwa petisyen yang difail terhadap beliau kerana mememiliki saham syarikat media pada Pilihan Raya Umum 24 Mac lepas hanya “bermotifkan bolitik”.

Ahli politik yang semakin meningkat popular itu berkata petisyen terbaharu terhadap beliau samasekali “tidak berasas”, kononnya beliau melanggar undang-undang pilihan raya kerana memiliki 675,000 saham dalam V-Luck Media Company selepas mendaftar sebagai calon pilihan raya.

”Saya yakin dalam membuat penjelasan hari ini. Kami (parti Future Forward) percaya tiada bukti yang boleh mencabar apa yang kami telah buktikan sebelum ini,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Terdahulu Thanathorn menyerahkan bukti bagi menyokong kenyataan beliau, di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand (EC) hari ini.

Minggu lepas Thanathorn dituduh melanggar undang-undang pilihan raya; satu dakwaan yang dinafikan beliau, yang menegaskan bahawa beliau telah menjual saham-saham itu pada 8 Januari, sebelum mendaftar sebagai calon pilihan raya umum.

Pada 6 April lepas, Thanathorn didakwa atas tuduhan menfitnah dalam perhimpunan anti-junta pada tahun 2015, di samping berhadapan dengan dua lagi dakwaan – melanggar Artikel 189 membantu pihak lain yang melakukan jenayah serius, dan Artikel 215 kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan haram.

Beliau boleh dikenakan hukuman sehingga sembilan tahun jika disabit kesalahan.

Sementara itu Setiausaha Agung Future Forward Piyabutr Saengkanokkul memberi amaran bahawa mereka yang sengaja menfail petisyen palsu terhadap calon lawan yang menang pada pilihan raya lepas, semata-mata untuk menafikan kemenangan calon itu, mereka boleh diambil tindakan di bawah ‘Organic Law’.

”Jika mereka menfail petisyen semata-mata untuk membatalkan kemenangan calon lawan, dan disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda, penjara dan dilarang daripada aktif dalam politik selama 20 tahun,” katanya.

Isnin lepas Aktivis Srisuwan Janya menggesa EC mengambil tindakan undang-undang terhadap 11 calon pilihan raya dari Parti Future Forward atas dakwaan memiliki saham dalam syarikat media, semasa pilihan raya.

Akhbar Bangkok Post melaporkan jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan/atau denda 20,000-200,000 baht, dan hilan kelayakan mengundi selama 20 tahun.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.