Bila anda pergi kedai atau scroll ke Facebook semestinya anda akan nampak banyak jenis produk penjagaan wajah, dari penyegar, penyegar, serum sampailah ke sunscreen. Macam-macam brand ada. Tapi sekarang, muncul pulak produk seperti ampoule & booster. Haipp, banyaknya produk, nak pakai yang mana satu ni?Dulu biasa pakai serum je, ni dah bertambah pulak produk baru.
Kemudian timbul pula persoalan di minda anda, serum, esen, ampoule dan booster tu benda yang sama ke?

Hal ini sebenarnya bergantung kepada pembuat jenama tu. Hal ini disebabkan oleh di negara Jepun dan Korea, mereka guna nama produk yang berfungsi sama dengan serum sebagai essence. Tapi dari segi kepekatan, serum ni lagi pekat dari esen tau.
1. Serum
Konsentrasi serum dikatakan lebih tinggi dan likat berbanding esen mahupun pelembab. Partikel serum ni lebih halus akan lebih mudah untuk menyerap ke lapisan kulit you oollss. Selalunya serum ada bahan aktif untuk merawat masalah tertentu macam bintik hitam, kedutan atau kulit kusam.
2. Esen
Biasanya, esen ni memiliki konsentrasi yang sedikit cair dari serum, selalunya ia berwarna jernih atau likat seperti milky lotion. Cecair ni berfungsi untuk melembab dan memberi nutrisi kepada wajah. Kebanyakkan esen ada antioksidan dan mineral untuk menyerikan lagi muka anda tu.

3. Ampoule
Ampoule ni pulak sama je macam serum tapi memiliki kandungan bahan aktif yang lebih tinggi. Kalau you oollss tengok harga pun, ampoule ni biasanya lebih pricy even botol dia lebih kecik. Tapi teksturnya cair sikit dan senang menyerap. Kalau ada masalah kulit yang teruk, kami cadangkan anda pakai ampoule dicampur dengan serum atau esen yang sama jenis.
#4 Booster
Haa, booster ni tengah popular sekarang. Booster ni orang panggil macam pra-serum atau pra-esen sebagai produk tambahan untuk prep kulit. Booster ni kena pakai before pakai esen dan serum. Tekstur booster ni ada yang jenis liquid, lotion atau seperti gel.
Sumber : Fashionista & Paula Choice