Siakap Keli

“Sakit Hari Ni, Terus Pergi Check Up,” Jangan Ambil Remeh, Juruterapi Dedah Sakit Gigi Boleh Bawa Maut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sesiapa pun pasti pernah mempunyai pengalaman sakit gigi. Ia bukan kesakitan yang sengaja dibuat-buat, hanya individu mengalaminya sahaja yang tahu betapa sakit dan ngilunya kesakitan tersebut. Malah ada individu yang ‘diserang’ demam kerana tidak tertanggung keperitannya. Disebalik semua itu, ada diantara masyarakat yang mengambil ringan tentang isu ini.

Ada di kalangan mereka yang tidak mahu berjumpa langsung dengan doktor atau pakar yang sepatutnya. Lebih membimbangkan apabila segala formula dicipta sendiri semata-mata mahu menghilangkan rasa sakit ini. Apa yang menakutkan adalah kesan jangka panjang yang bakal berlaku kepada seseorang sekiranya sakit gigi berkenaan tidak dirawat.

Seorang juru terapi pergigian, Sharipah Eyie gemar berkongsi tentang pengalaman serta ilmunya berkaitan dengan isu pergigian. Beliau juga gemar menjawab soalan berkaitan yang selalu diajurkan oleh pengguna laman berkenaan. Dalam posting terbarunya, Sharipah telah berkongsi tentang satu insiden yang berlaku kepadanya.

Menurut Sharipah:

Sakit Gigi Boleh Membawa maut

Khamis lepas 2 petang datang sorang mak bersama dengan anak yang bengkak muka dah 3 hari.  Ramai yang tak tahu gigi susu terutama geraham yang rosak, boleh menyebabkan bengkak sehingga ke mata. kemudian boleh menyebabkan maut. remehkan gigi, gigi balas dendam.

Beliau kecewa dengan sikap sesetengah orang yang mengabaikan tentang penjagaan gigi. Ada sesetengah pihak yang sanggup menunggu berhari-hari sebelum datang ke klinik atau berjumpa doktor. Mungkin persepsi bahawa ‘sakit itu akan sembuh sendiri masih dipegang kuat’ sehingga kini. Disebabkan itulah ramai orang yang teragak-ahak untuk pergi mendapatkan rawatan sepatutnya.

Gambar : Sharipah Eyie
Gambar : Sharipah Eyie

Jangan biarkan. Jangan ambil mudah. Sakit hari ni, Bawak check up hari ni.

dah la gigi anak kita sendiri pun, tak mahu tolong berus. lepas tu “dia malas berus misi”. anak kau tu baru 2tahun, makan pun bersuap, takkan berus gigi sendiri. Gigi dah rosak tak apa, check up, rawat. it is never late to change. yang penting:

1. berus gigi
2. berus gigi
3. berus gigi.

Oh ya, budak umur 2 tahun tu immediate warded. Kalau kita yang dewasa ini pun terasa perit ketika sakit gigi, ini kan pula anak kita yang baru berusia 2 tahun.

Sumber : Sharipah Eyie

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.