Siakap Keli
Unilad

Sukakan Permandangan Laut? Rumah Lima Tingkat Tergantung Tepi Tebing Ini Mungkin Sesuai Untuk Anda

Sebuah firma arkitek Australia, Modspace Concept merancang untuk membina sebuah rumah lima tingkat yang tergantung pada sisi tebing laut.

Cliff House yang dibina bagi memnuhi pemintaan orang kenamaan yang mahukan kediaman lain daripada lain apabila siap kelak akan membolehkan pemiliknya menikmati pemandangan indah kawasan laut.

Lebih menarik, struktur bangunan lima tingkat ini sebenarnya terpisah daripada tebing sebaliknya hanya berpaut pada bahagian-bahagian besi keluli rekaan khas.

Bagi membolehkan para pemilik bergerak antara tingkat ataupun mahu ke kawasan darat, bangunan berkenaan juga bakal dilengkapi dengan lif.

Selain menggunakan lif, pemiliknya juga boleh menggunakan kemudahan tangga yang disediakan untuk bergerak antara tingkat. Setiap tingkat akan menempatkan ruang-ruang seperti ruang tamu, bilik tidiur, dapur dan juga bilik air.

Bangunan ini turut dilengkapi dengan perabot-perabot minimal bagi membolehkan pemiliknya menghargai keindahan kawasan laut berbanding memberi tumpuan kepada kesenian bahagian dalam rumah.

Sehingga kini, tiada maklumat awal mengenai pemilik Cliff House ataupun tarikh pembinaan akan dimulakan.

Sumber: Mashable.com

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.