Siakap Keli
Gambar : Metro UK

(Video) Raih Hampir 2 Juta Tontonan, Adegan Kucing ‘Ketuk Pintu’ Rumah Cuit Hati Netizen

Mungkin kedengaran agak kelakar, tetapi itulah yang berlaku apabila seekor kucing dirakam berkelakuan  ‘sopan’ kerana ‘mengetuk’ pintu rumah kediaman tuannya berkali-kali.

Sheekilah Jones, 24, saksi yang merakam kelakuan kucing berwarna hitam di Cardiff, Wales itu terpaku apabila melihat kucing itu berdiri menggunakan kaki belakang, manakala kaki depannya di atas pemegang pintu berkenaan.

Sheekilah berkata: ‘‘Sama ada saya melihat sesuatu yang pelik kerana ketika itu waktu 6 pagi atau kucing ini sebenarnya memang mengetuk pintu tersebut?”

Berdasarkan video tersebut, kucing itu dilihat cuba mencapai gelung pengetuk pintu dan membiarkannya beberapa ketika sebelum dengan sabar menunggu pemilik rumah membuka pintu berkenaan.

Video tersebut menjadi tular dan mendapat kira-kira 1.8 juta tontonan dan 11,000 perkongsian sejak dimuat naik pagi khamis lalu.

Salah seorang netizen, Coquin Jimenez berkata : ‘‘Otak kucing sangat mirip dengan otak manusia. mereka boleh melakukan perkara yang menakjubkan.”

Seorang lagi pengguna media sosial, Patricia Ryan berkata : ”Comelnya kelakuan kucing ini dan dia sangat bijak.”

Sumber : Metro UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.