Siakap Keli

(Video)Cara Kreatif Kafe Ini Hasilkan Straw Mesra Alam Dari Daun Kelapa Dipuji Warga Maya

Sebuah kafe di Filipina mempunyai cara tersendiri bagi mengatasi masalah pencemaran plastik apabila menggantikan penggunaan straw plastik dengan straw diperbuat daripada daun kelapa.

Usaha pemilik kafe berkenaan menggunakan straw lukay, merujuk kepada daun kelapa dalam bahasa tempatan, bagi menyokong usaha global mengatasi masalah pencemaran mendapat pujian daripada media antarabangsa.

Srah Tiu, 37, pengurus Cafe Editha di Surigao del Norte berkata dia mendapat idea untuk menggunakan straw lukay selepas meluangkan masa bersama-sama keluarga di Pulau Corregidor di Siargo.

”Kami membeli buko (kelapa muda) dan mereka memotong lukay, untuk dijadikan straw. Saya kemudian meminta mereka mengajar saya cara melakukannya kerana sangat tertarik dengan idea tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Sarah memberitahu dia sudah pun merancang untuk mengurangkan penggunaan plastik di kafenya dan telah mencuba beberapa alternatif lain bagi menggantikan straw.

”Di kafe, kami sebelum ini menggunakan straw besi dan kertas tetapi para pengunjung tidak menggemarinya,” katanya lagi.

Sejak berkongsi gambar-gambar lukay yang digunapakai di kafenya di facebook, ia menjadi tular dan mendapat perhatian ramai pihak.

Sarah juga berkongsi bahawa straw lukay mudah disediakan selain mudah terurai menjadikannya mesra alam.

Perkongsian yang dibuat Sarah mendapat respon positif daripada warga maya yang menyatakan hasrat untuk mencuba menghasilkan straw lukay sendiri.

 

Sumber: Straits Times Singapore

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.