Siakap Keli

(Video)Dek Kerana Cantik Dan Bersih, Kafe Di Jepun Ini Berjaya Jadikan Tandas Sebagai Tarikan Pelancongan

Hipopo Papa Cafe di Akashi, Jepun ini berjaya menjadikan sebuah tandas wanita sebagai salah satu tarikan untuk para pelancong berkunjung ke premis perniagaannya.

Pemilik kafe berkenaan dipercayai telah membelanjakan sebanyak £200,000 (RM 1.06 juta) bagi menghasilkan sebuah tandas yang dikelilingi oleh akurium.

https://www.instagram.com/p/BvVltvhji-M/

Manakala akuarium berkenaan pula menempatkan pelbagai haiwan laut yang unik seperti penyu dan beratus-ratus spesis ikan eksotik.

Walaupun hanya dikhaskan untuk pengguna wanita, bagaimanapun pengunjung kafe lelaki turut diberikan peluang untuk melihat keindahan tandas berkenaan sekiranya kawasan kafe tidak mempunyai ramai pengunjung.

Namun begitu, menurut pemilik kafe, kecantikan tandas yang dibinanya tidak memberi banyak keuntungan kepada perniagaan.

https://www.instagram.com/p/BuVHkbylJq6/?utm_source=ig_embed

Katanya, para pengungjung lebih banyak meluangkan masa untuk melihat tandas dan mengambil gambar berbanding berbelanja di kawasan kafe.

Ada juga pengunjung berkata merekan merasa takut untuk menggunakan kemudahan tersebut kerana dikelilingi beratus-ratus hidupan laut.

 

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.