Awal pagi tadi negara dikejutkan dengan berita pemergian seorang ulama tersohor negara, Tuan Guru Ustaz Dato Abu Hassan Din Al Hafiz. PU Amin dalam entri terbaru Facebook beliau memuat naik beberapa keping gambar kuliah terakhir oleh Tuan Guru Dato Abu Hassan semalam yang berlangsung di Surau An-Nur Fasa 3A Bandar Seremban Selatan, Negeri Sembilan.
Kuliah Maghrib yang bertajuk ‘Andai Ini Ramadhan Terakhir’ bagaikan satu petanda bahawa itu adalah dakwah terakhir Tuan Guru Dato Abu Hassan Din sebelum pergi menghadap Illahi.
“Dakwah hingga akhir hayatnya . Beginilah sirah hidup seorang pejuang dan pendakwah agama . Sungguh hebat dan istimewa Para Ulama.” kata PU Amin.
Kuliah Maghrib terakhir malam semalam oleh Al Marhum Tuan Guru Yang Mulia Ustaz Dato Abu Hassan Din Al Hafiz . Dakwah…
Posted by PU Amin on Tuesday, 30 April 2019
Sumber: PU Amin