Siakap Keli

Pendakwah Terkemuka, Ustaz Abu Hassan Din Kembali Ke Rahmatullah Awal Pagi Tadi

Penceramah terkenal, Ustaz Dato Seri Abu Hasan Din Al-Hafiz dilaporkan telah kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi, menurut perkongsian yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui laman facebook sebentar tadi.

Menurut laporan beberapa portal media, Allahyarham dikhabarkan terjatuh ketika mahu menunaikan solat Subuh sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan disahkan meninggal dunia.

Allahyarham merupakan seorang pendakwah bebas yang banyak terlibat dalam urusan mengembangkan syiar agama Islam khususnya di Malaysia.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Dewan Pemuda PAS Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.