Siakap Keli
Gambar : Instagram Denny Lang

”Abang Tak Pernah Tinggal Kamu Dik..” Netizen Sebak Kegigihan Abang Acap Teruskan Pencariannya

Sudah hampir 40 hari kehilangan Acap atau dikenali sebagai Mohammad Ashraf Hassan. Kali terakhir pemuda itu dilihat semasa larian Gopeng Ultra Trail pada 23 Mac lalu hingga kini kelibatnya kekal menjadi misteri. Segala usaha telah dilakukan, namun semuanya menemui jalan buntu.

Seluruh rakyat Malaysia masih setia menantikan khabar berita daripada misi pencariannya selama ini. Terbaru, abang kepada Acap masih tidak berputus asa dan masih meneruskan misi mencari adiknya walaupun beberapa usaha pencarian telah dihentikan.

Ikuti perkongsian terbaru melalui instagram beliau seperti di bawah. Semoga segala urusan pencarian dipermudahkan dan Acap dapat kembali pulang ke pangkuan keluarga.

Rata-rata netizen turut terkesan dengan sikap tidak berputus asa abang Acap walaupun dihujah dengan pelbagai kontroversi sebelum itu.

Kami juga tidak akan berganjak untuk tinggalkan Acap

Tak pernah berputus asa mencari adiknya

Setiap hari kami berdoa semoga dipermudahkan urusan mencari Acap

Semoga pengorbanan seorang abang Allah ganti dnegan pertemuan adiknya

Doa kami sentiasa menyertai

 

Sentiasa tunggu berita gembira

Sumber : Denny Lang

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.