Siakap Keli

”Kawan Kata Normal ‘Baby’ Kurang Bergerak Bila Cukup Bulan”, Bayi Nyaris Maut Terbelit Tali Pusat Kerana Ibu Percaya Cakap Kawan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menimang cahaya mata adalah menjadi antara saat paling indah bagi setiap ibu bapa. Seorang ibu yang mengandungkan kandungan selama 9 bulan pasti mahu cahaya matanya dilahirkan dengan sempurna dan selamat.

Akan tetapi, kadang kala sebahagian daripada mereka yang tidak sedar mengenai bahaya yang sedang menimpa kandungan mereka walaupun telah diberikan petunjuk seperti kurangnya pergerakan bayi yang sedang dikandungkan.

Lebih teruk lagi, ada di antara golongan bakal ibu mengambil keputusan untuk tidak memeriksa keadaan kandungan atas alasan mereka mendengar “cakap-cakap” bahawa petanda tersebut adalah normal daripada rakan-rakan berbanding merujuk kepada pakar.

Inilah yang dialami oleh Dr.Ummu yang bertugas sebagai Pegawai Perubatan Jabatan OBG di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, baru-baru ini.

Kisah yang dihadapi beliau ini telah diceritakan beliau menerusi laman Facebooknya, Dr Ummu.

“Setiap hari oncall, sudah biasa dengan ibu-ibu mengandung datang mengadu baby kurang gerak. Dan selalunya ibu-ibu ni, jarang yang datang lepas pukul 12 tengah malam.

Tapi, ada satu malam (awal pagi pukul 2), baru tengah tengok last round dalam labour suite sebelum nak masuk merehatkan mata. Staff nurse triage panggil, “CTG ada decel la doktor.”

Houseman present case, …….postdate…. reduced fetal movement…. last fetal kick at 5pm….no labour symptoms…..CTG memang ada longkang yang besar.

Saya check bukaan pintu rahim, belum buka. Call boss, post for ceaserean section.

Bila dibuka rahimnya, nampak air ketuban kehijauan. Baby dah berak di dalam. “Meconium stain!” Saya inform Paediatric team yang sedang standby. Karung ketuban dipecahkan, dan saya cuba keluarkan baby. Ternampak tali pusatnya melilit 3 pusingan dengan ketat di leher baby. Ya Allah, entah apa akan jadi kalau ibu ini terlewat datang tadi.

Satu je soalan saya kat ibu tu. Kenapa lambat datang puan?

“Kawan saya kata memang normal baby kurang gerak bila dah cukup bulan, sebab ruang kat dalam sempit untuk dia gerak.”

Kata-kata kawan lebih dipercayai daripada nasihat professional.

Anyhow, ibu dan anak selamat. And that is our aim.

p/s: Jangan pulak malam ni pergi banjirkan semua labour room untuk scan tali pusat anak.”

Sumber: FB Dr Ummu

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.