Siakap Keli
Gambar Hiasan

Busuk Bukan Sebarang Busuk, Ini Khasiat Dan Cara Hilangkan Bau Petai Dengan Cepat

Banyak yang akan menghindari daripada termakan petai kerana baunya yang busuk tetapi ramai juga yang menjadi penggemar petai atau nama spesifiknya parkia speciosa sebagai satu hidangan istimewa untuk menambah selera makan. Sesetengah orang akan masak petai bersama sambal, ikan asin, tempoyak dan bakar untuk jadikan ulaman.

Walaupun petai itu akan membuatkan sesetengah orang kurang selera tetapi khasiat yang terkandung dalamnya tidak dapat dinafikan oleh semua orang.

Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana cara untuk mengurangkan bau petai dengan cepat. Caranya hanya minum air kopi dan teh tanpa gula untuk hilangkan bau petai dengan mudah.

Bukan itu sahaja, anda boleh mencuba dengan mengunyah beras dan berkumur dengan air garam. Dengan cara ini sangat murajab menghilangkan bau di mulut.

Tahukah anda petai terkandung banyak vitamin untuk tubuh badan anda.

1. Tinggi Vitamin C

Petai mengandungi vitamin C yang tinggi dan meningkatkan imun badan dan antioksida. Kadar kandungan vitamin dalam petai ini dapat mengurangkan tekanan seseorang dan menyembuhkan luka dengan mudah. Tubuh anda akan lebih selesa dan dapat mengawal emosi.

Ia juga dapat mengurangi masalah penghadaman, anda boleh cuba memakan petai. Ini kerana petai mempunyai serat yang dapat membantu proses penghadaman yang lebih baik dan mencegah sembelit.

2. Tinggi Kalium

Zat kalium yang terkandung di dalam petai merupakan zat yang amat penting bagi tubuh. Tubuh kita memerlukan kalium kerana ia dapat menjaga cairan dan keseimbangan elektrolik. Bukan itu sahaja, kalium yang tinggi dapat mengurangkan tekanan darah tinggi serta ianya baik untuk jantung.

3. Vitamin A

Baik untuk penglihatan, jantung dan sesuai untuk seseorang yang menjaga kulit muka. Vitamin yang terkandung dalam petai dapat menjaga mata daripada masalah-masalah kesihatan berkaitan mata.

4. Kalsium 

Semua orang tahu fungsi dan keistimewaan kalsium ini adalah untuk menguatkan tulang dan gigi. Kandungan kalsium yang tinggi dalam petai ini dapat mengukuhkan dan mengurangkan sakit gigi.

 

Sumber: Facebook KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang