Siakap Keli

Dapat ‘Beauty Problem’, Bulu Mata Wanita Ini Memanjang Selepas Jalani Rawatan Kanser

Seorang pesakit kanser usus yang tidak mahu dikenali menjadi terkenal gara-gara bulu matanya yang memanjang selepas selesai menjalani rawatan kanser. Beliau yang berumur 45 tahun memberitahu sumber bahawa bulu matanya memanjang sebanyak 3cm (1.2 inci) selepas tiga minggu menjalani rawatan.

Beliau yang telah menjalani rawatan kanser usus tahap akhir memberitahu ramai yang bertanyakan tentang dimana ‘beauty problem’ yang beliau dapatkan sehingga mempunyai bulu mata seperti itu. Walaupun begitu ramai yang memuji, beliau mengakui bahawa bulu mata itu mendatangkan masalah lain seperti kegatalan dan keradangan pada mata.

“Ramai yang memuji dan bertanyakan di mana saya mendapatkan bulu mata sebegitu. Ini adalah sangat kelakar. Tapi ramai yang tidak tahu betapa tidak seronoknya mempunyai bulu mata yang panjang kerana rasa tidak selesa selain gatal-gatal pada bahagian mata dan jika digosok meggunakan tangan dengan kerap, ia boleh menyebabkan jangkitan dan itu sangat menakutkan”.

Melihat perkara ini jarang-jarang terjadi kepada mana-mana pesakit kanser yang lain, doktor pakar menjelaskan bahawa ubat jenis cetuximab adalah punca kepada peningkatan pertumbuhan sel rambutnya.

Cetuximab berfungsi dengan melekat pada epidermal growth factor receptors (EGFR) atau reseptor faktor pertumbuhan epidermis yang berada di permukan sel-sel kanser. Ia menyekat protein dari mencapai sel-sel kanser dan membantu mereka membesar.

Mekanisme itu muncul untuk merosakan jalur di kertinosit, iaitu sel yang menghasilkan keratin protein yang penting untuk rambut, kulit dan kuku. Walaupun nampak seperti tidak berbahaya, namun jika dibiarkan dn tidak dijaga atau dirawat, ia boleh membawa penyakit lain seperti ulser kornea dan jangkitan kelopak mata akibat pertumbuhan bulu yang tidak normal.

Dengan bantuan dan nasihat yang diberikan oleh pakar kecantikan, wanita tersebut akan memotong bulu matanya setiap seminggu untuk menjaga kesihatan mata dari terkena jangkitan. Wanita itu juga sedar bahawa selepas menjalani rawatan cetuximab, tahap kesihatanya menjadi bertambah baik.

APAKAH RAWATAN KANSER MENYEBABKAN BULU MATA MEMANJANG?

Pemanjangan bulu mata kebanyakan akan dialami oleh pesakit yang menjalani rawatan kanser kolorektal atau paru-paru. Ia sering dikaitkan dengan cetuximab atau erlotinib selain individu yang dirawat dengan gefitinib dan panitumumab.

Rawatan-rawatan yang menggunakan ubat (dadah) diatas menyekat protein yang dikenali sebagai reseptor faktor pertumbuhan epidermis (EGFR). Kesan sampingan lain termasuklah keletihan, ruam kulit, selsema, mulut rasa sakit, pertumbuhan rambut dan bulu mata yang berlebihan, jangkitan kulit, kehilangan kesuburan dan tidak balas alergik.

Walaubagaimanapun, bulu mata kembali pada kepanjangan asal selepas rawatan dihentikan seberapa lama kemudian

Sumber: Daily Mail

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia