Siakap Keli

Kali Kedua Ugutan Jenayah Melalui Facebook, Mufti Perlis Buat Laporan Polis

Sebelum ini kenderaan rasmi jenis Honda Accord yang digunakan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dipercayai telah dibakar oleh individu tidak dikenali beberapa bulan lalu.

Terbaru, beliau mendakwa telah diugut oleh seorang individu tidak dikenali menerusi laman Facebook.

Bukan kali pertama, beliau pernah diugut pada tahun 2017 melalui ugutan di Facebook juga.

Memetik BERNAMA, beliau telah membuat laporan polis dan Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohd berkata Mohd Asri membuat laporan itu di Balai Polis Padang Besar kira-kira 6.30 petang semalam kerana bimbang keselamatan diri serta keluarganya kerana suspek turut meminta alamat rumahnya untuk bertindak memukul.

“Mohd Asri menerima satu mesej daripada pemilik akuan Facebook bernama ‘Sandev Sandev’ kira-kira 6 petang semalam yang turut mengancam untuk memukulnya sehingga cedera parah. Pemilik Facebook tersebut turut memberikan nombor telefon dan meminta Mohd Asri menghubunginya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.