Siakap Keli

Pelan Australia Mahu Bunuh 2 Juta Kucing Liar Guna Sosej Beracun Dikritik Masyarakat Dunia

Pemerintah Australia dalam sebahagian pelan menjelang tahun 2020, pihak berkuasa negara itu telah dikritik apabila dengan sengaja memberi makan kucing-kucing dengan daging yang mengandungi racun. Perbuatan itu adalah untuk melindungi spesis-spesis asli di negara Australia.

Sumber dari Metro UK menyatakan bahawa ada kucing-kucing yang ditangkap dan ditembak mati atas arahan pegawai pemerintah. Pelan ini telah dirancang sejak tahun 2015 namun ia bakal dilaksanakan pada tahun hadapan.

Daging-daging yang telah dicampur bersama racun telah dijatuhkan dari kapal terbang di tempat-tempat dimana banyaknya kucing-kucing terbiar. Daging-daging itu termasuklah daging kanggaru, lemak ayam, herba, rempah ratus selain racun ‘1080’. Bagi setiap kilometer, 50 keping daging telah digugurkan.

BBC

Resepi maut ini dibuat oleh ‘Dr Death’ Dave Algar, iaitu seorang saintis dari barat Australia.

“Ia harus enak kerana ia makanan terakhir bagi kucing-kucing yang memakannya” kata Dr. Algar. Ia mengambil masa selama 15 minit untuk kucing-kucing tersebut mati selepas memakan makanan maut itu.

Sejarah lambakan kucing-kucing terbiar di Australia adalah dipercayai dibawa oleh pedatang dari Eropah. Berlanjutan dari itu, saintis mendakwa bahawa kucing-kucing terbiar itu penyebab kepada 20 juta mamalia pupus. Pada tahun 2017, kucing-kucing terbiar itu menyebbkan 377 juta burung dan hampir 650 juta reptilia mati setiap tahun, di merata Australia.

Wild Animal Awareness misalnya menarik perhatian orang ramai kepada “kekejaman” yang berlaku terhadap kucing-kucing di negara itu dengan memuat naik sekeping gambar yang menggerunkan. Gambar dipetik Reuters itu sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada para pengguna Facebook.

Youtube

People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) pula menyatakan bahawa penakaian sebelum ini membuktikan bahawa kaedah itu ‘tidak berkesan’ dan menggesa agar huraian jangka panjang turut diteroka.

“Menembak dan memberi racun bukan sahaja kejam. Penakaian terbukti tidak berkesan bagi jangka panjang. Membubuhkan racun di sekitar kawasan bandar juga membahayakan haiwan-haiwan peliharaan lain,” menurut PETA seperti ditukil MetroUK.

Sumber: Berita MediaCorp

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia