Siakap Keli

Ramai Tak Perasan, Ada 4 Sahaja Warna Passport Di Dunia Dan Ini Sebabnya

Jika anda seorang ‘kaki travel’ mesti anda pernah terfikir kenapa passport negara kita warna merah? Dan perasan atau tidak yang warna passport hanya ada empat warna sahaja di dunia?

Passport adalah satu dokumen penting untuk anda ke luar negara. Selain warna merah, hanya ada empat kod warna yang dibenarkan diseluruh dunia iaitu warna biru, merah, hijau dan hitam. Kesemua warna ini mempunyai maksud yang berlainan.

Di sini adalah huraian kepada anda semua tentang setiap warna passport di dunia.

Merah

Selain Malaysia, ada juga beberapa negara lain iaitu Slovenia, China, Rusia dan Poland. Selain daripada tu, negara kesatuan Eropah kecuali Croatia juga mempunyai passport berwarna merah.

Antara sebab ia berwarna merah kerana negara tersebut pernah dijajahi oleh komunis dan mempunyai sejarah bersama komunis.

Biru

Warna biru juga sangat popular di Amerika Syarikat dan 15 negara Caribbean. Penggunaan passport berwarna biru ini membawa maksud “new world”.

Untuk pengetahuan anda, negara-negara blok Amerika Selatan seperti Brazil dan Argentina juga menggunakan warna biru kerana menunjukkan hubungan dengan Mercosur iaitu persatuan pedagang.

Hijau 

Kebanyakan negara Islam mempunyai passport yang berwarna hijau. Ia melambangkan perkaitan dengan Islam dan mengikut warna kegemaran Nabi Muhammad SAW. Antara negara yang menggunakan warna ini adalah, Arab Saudi dan Pakistan.

Ada juga beberapa negara bukan Islam menggunakan warna ini antaranya, Vietnam, Nigeria, Burkina Faso, Ivory Coast dan Senegal. Negara-negara ini  tergolong dalam keanggotaan ECOWAS (Economic Community of West African).

Hitam

Pasti di antara kita yang jarang menjumpai passport yang berwarna hitam. Passport yang berwarna ini hanya dijumpai di negara Afrika iaitu, Angola, Chad, Botswana, Zambia dan Malawi. Walaubagaimanapun, walaupun New Zealand juga menggunakan warna tersebut kerana ia merupakan warna rasmi negara itu.

 

Sumber: EliteReaders

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang