Siakap Keli
Foto: Google

Amaran Ribut Petir Petang Ini Dikeluarkan Untuk Beberapa Kawasan Di Empat Buah Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia(MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan melibatkan empat buah negeri Semenanjung.

MetMalaysia melalui kenyataan yang dikeluarkan menerusi infografik di laman Twitter mereka @malaysianmet itu menjangkakan ribut petir akan berlaku di Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sehingga jam 6 petang ini.

Kawasan-kawasan yang dijangka terlibat ialah Bentong(Pahang), Gombak dan Hulu Langat(Selangor), Kuala Lumpur serta Jelebu, Seremban dan Port Dickson(Negeri Sembilan).

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi