Siakap Keli
Gambar Kredit: Daily Mail

“Nasib Baik Tak Buta,” Bapa Cerita Detik Cemas Anak Berlumuran Darah, Mata Tersangkut Cangkuk Rak Baju

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun hampir kehilangan matanya apabila pencangkuk logam menembusi matanya secara tidak sengaja semasa dia sedang membeli belah bersama ibu dan kakaknya.

Kanak-kanak itu dikatakan sedang membeli belah bersama kakak dan ibunya di sebuah pusat membeli-belah di Sydney bulan lalu ketika dia melihat terdapat pakaian di lantai sebelum membongkok secara tiba-tiba untuk mencapainya.

Mukanya telah terkena pada salah satu rak pakaian logam sebelum cangkuk tersebut tercucuk dimatanya. Ibunya yang menyedari insiden itu kemudian menjerit dalam ketakutan sebelum menarik cangkuk tersebut dari mata anak itu. Apabila cangkuk tersebut berjaya dikeluarkan dari matanya, banyak darah mula keluar sebelum dia pengsan kerana terkejut.

Gambar Hiasan: Kredit Dailymail

Kanak-kanak itu dikatakan buta sementara kemudiannya dikejarkan ke hospital terdekat sebelum dia menjalani pembedahan kecemasan untuk memulihkan semula saluran matanya yang koyak.

Dia sekarang pulih dengan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan yang kekal.

Ayahnya yang bekerja pada masa kejadian berkata anaknya bernasib baik kerana tidak kehilangan matanya disebabkan oleh kejadian tersebut.

Mengimbas kembali kejadian yang mengerikan itu, dia dikatakan berada dekat dengan pencangkuk itu sebelum membongkokkan badannya untuk mengambil baju yang berada di lantai.

“Kemudian matanya tersangkut pada pencangkuk logam itu sebelum saya panik dan menariknya. Darah mula mengalir keluar dari matanya dan isteri saya mula menjerit ketakutan.

“Nasib baik tak buta.”

“Ada seorang wanita turut membantu isteri saya dengan menghantar ke Pusat Perubatan berdekatan dengan segera sebelum dia dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak untuk menjalani pembedahan kecemasan bagi memulihkan penglihatannya semula.

Sumber: Dailymail

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"