Siakap Keli

”Benda Tak Bagi Signal Tapi Sampai Pukul Perempuan Tu Dah Kenapa?” Netizen Selar Tindakan Lelaki Cederakan Wanita

Semalam, tular di media sosial rakaman seorang lelaki yang bertindak menampar seorang pemandu wanita di Jalan Dato Keramat menjadi bualan di media sosial. Lelaki itu dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan wanita tersebut yang tidak memberikan lampu isyarat untuk memasuki simpang jalan.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut yang disifatkan sebagai biadap. Ujar mereka, tidak memberikan lampu isyarat sememangnya stau kesalahan namun memukul wanita adalah satu perkara yang tidak wajar sama sekali. Apa pula pendapat anda?

Benda tak bagi signal tapi sampai pukul orang tu dah kenapa?

Memang biadap pukul perempuan

Akak tu salah, tapi kau dapat pelempang macam tu apa kau rasa?

Tak bagi signal dibolehkan pukul orang ke?

Setuju signal penting, tapi pukul perempuan tu tak

Sumber : Twitter

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.