Siakap Keli
Gambar: Daily Express

Dari Baju Saiz 7XL, Berjaya Pakai Baju Saiz M Dan Berjaya Hilang 130kg Berat Badan, Ini Cara Pemakanan Yang Diamalkan Lelaki Ini

Pada berat 215 kg dan memiliki saiz XXXXXXXL, harapan seorang lelaki yang bernama Jon Vidler untuk mempunyai kekasih menjadi amat tipis disebabkan oleh saiz badannya yang terlampau besar. Namun selepas dia dinobatkan sebagai lelaki yang paling berjaya kurangkan berat badan di dunia untuk tahun 2019, peluangnya untuk mempunyai kekasih itu kembali cerah.

Selepas berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 130.2 kg secara dramatik, beliau telah membuatkan semua orang yang rapat disekelilinginya terkejut termasuk keluarganya sendiri sehinggakan mereka tidak berjaya untuk mengecamnya buat pertama kali mereka berjumpa dengannya.

Beliau kini memiliki berat sebanyak 84.8 kg dan boleh memakai pakaian yang bersaiz medium selepas berjaya melangsingkan pinggangnya yang sebelum ini bersaiz 66 inci kepada setengah daripada saiz itu.

Jon Vidler, 42, berkata, selepas daripada kejayaan itu: “Saya bagaikan diberi peluang kedua.

“Saya mahu mengambil kesempatan ini dengan ingin melakukan perkara yang saya tidak dapat buat ketika saya masih gemuk dahulu. Ketika ini, berjumpa dengan seseorang yang istimewa pastinya akan menggembirakan saya.”

Terdahulu, beliau hampir tidak dapat berdiri selama beberapa minit dan berisiko kepada serangan panik yang disebabkan oleh terlalu bimbang dengan berat badannya.

Memikirkan tentang faktor yang bakal memberi kesan kepada kesihatan dirinya, Jon telah mengambil keputusan untuk menyertai kumpulan Slimming World bersama rakannya di Chandler’s Ford, Hants.

Jon menyedari bahawa berat badannya mulai turun selepas terinspirasi untuk mengambil makanan yang sihat dan bersenam.

Beliau kini dalam usaha untuk menyertai perlumbaan dan sedang giat berlatih untuk mendaki gunung Snowdon pada bulan depan.

“Semasa saya memiliki tubuh yang besar dahulu, saya bergelut dengan rasa bimbang yang teruk,” kata Jon, pegawai kanan di sebuah syarikat farmaseutikal.

“Ada satu ketika, saya telah dikejarkan ke hospital oleh ambulans gara-gara saya dan paramedik ketika itu mengesyaki bahawa saya diserang sakit jantung.

“Syukurlah tiada apa-apa yang serius terjadi pada saya. Namun selepas itu saya berasa terlalu tertekan dan berkeputusan untuk mengasingkan diri saya. Makanan sahaja yang boleh membuatkan saya lega ketika itu.”

Saiz badannya yang terlalu besar itu membuatkan rutin pembedahan yang akan dijalankan berisiko tinggi, pihak doktor khuatir bahawa keadaanya itu akan membuatkan dirinya itu terdedah kepada serangan strok. Semasa Jon melalui CT scanner, beliau terpaksa ditarik keluar kerana ruang yang terdapat pada mesin itu menjadi sempit berikutan dengan saiz badannya yang sangat besar.

“Meja yang bermotor itu tidak dapat beroperasi dengan betul kerana tersekat disebabkan berat yang berlebihan,” katanya.

“Saya telah diberitahu bahawa satu-satunya pilihan yang ada adalah dengan memakai pengimbas yang digunakan untuk mengimbas kuda. Keadaan itu benar-benar telah memberi kesan yang mendalam kepada saya.”

Berikut merupakan pemakanan yang diambil Jon sebelum dan selepas beliau berjaya menurunkan berat badan:

DIET SEBELUM

Sarapan: Separuh kotak bijirin yang dilitupi gula

Makanan ringan: Gula-gula, coklat, kerepek

Makan tengah hari: Sandwich yang dipenuhi dengan salad berkrim dan telur bermayonis

Makan malam: Makan makanan sejuk beku yang dihidang melalui ketuhar gelombang mikro

Makanan ringan: Makanan bergula, coklat bar dan kerepek

 

DIET SELEPAS

Sarapan pagi: Telur hancur, kacang panggang, bayam cendawan dan bacon

Makan tengahari: cili buatan sendiri, atau pasta, atau sup

Makanan ringan: Buah segar

Makan Malam: Makanan yang dibuat mengikuti buku resipi Slimming World, ayam yang tidak disuntik

Makanan ringan: Lebih banyak buah atau bar coklat kecil

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right