Siakap Keli

“Good Job Cikgu”, Tindakan Guru Ini Pakai Baju Yang Dilukis Anak Didiknya Raih Pujian Warga Maya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Guru atau cikgu, tidak kisahlah apa yang kita gelarkan mereka, warga pendidik ini mempunyai kasih sayang seorang ibu dan bapa kepada anak-anak didiknya di sekolah.

Inilah yang digambarkan oleh seorang guru ketika beliau memakai sehelai baju yang dilukis oleh anak-anak didiknya baru-baru ini.

Kejadian itu menjadi tular apabila ia dikirimkan melalui satu kicauan di akaun Twitter-nya, @FazriHassan. Menariknya, baju itu adalah rekaan hasil kerja murid-murid pendidikan khas di sekolah berkenaan.

Beliau turut mengirimkan gambar bersama pereka-pereka cilik bagi bajunya itu dan ternyata hasil kerja mereka berjaya menarik perhatian rakan-rakan sekerja beliau.

Malah, tindakannya itu turut mendapat penghargaan dan pujian daripada warganet. Rata-rata mereka jelas terharu dengan kemampuan anak-anak istimewa ini dan memuji tindakan Cikgu Fazri dalam menghargai hasil seni mereka.

Menurutnya lagi, baju tersebut mengambil masa selama tiga hari untuk disiapkan dan setiap lukisan pada baju itu mempunyai kisahnya yang tersendiri.

Kasih sayang yang ditunjukkan oleh beliau jelas terpancar dalam gambar-gambar yang dikirimkan dan hampir pasti anak-anak didiknya juga merasakan perkara yang sama kepadanya.

Jadi, kepada anak-anak muda di luar sana, sayangilah guru-guru anda dan hormatilah mereka sebagai mana anda menghormati kedua ibu bapa anda di rumah. Guru penyuluh masa depan generasi muda.

Sumber: Twitter Fazri Hassan

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi