Siakap Keli

Pelik, Seekor Anak Ular Istimewa Ditemui Dengan 3 Biji Mata

Tular foto seekor ular yang mempunyai mata di bahagian kepala telah menarik perhatian penduduk di Australia. Gambar ular tersebut ditangkap oleh pengguna lebuhraya Australia diklafikasikan sebagai ‘pelik’.

Anak ular tersebut dikenali sebagai Monty Python oleh The Northern Territory Parks and Wildlife Service.

sumber: The Northern Territory Parks and Wildlife

Pegawai Kehidupan Liar itu menemui anak ular tersebut di Lebuhraya Arnhem, berhampiran Humpty Doo, di utara Australia.

Pegawai tersebut berkata, ular tersebut sangat pelik kerana pendedahan daripada X-ray menunjukkan ia bukan dua kepala yang berasingan, sebaliknya ia kelihatan sebagai satu tengkorak dengan mata tambahan. Lebih istimewa lagi, ketiga-tiga mata haiwan tersebut berfungsi.

Sumber: Northen Territory Australia

Ia berkemungkinan berlaku semasa tumbesaran embrio. Ini adalah kejadian semulajadi yang sentiasa berlaku pada kehidupan.

Haiwan yang sepanjang 15 inchi berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan makanannya kerana kecacatan yang dialaminya. Tetapi malangnya haiwan ini telah mati beberapa minggu selepas penemuan tersebut.

 

Sumber: Mirror.co.uk

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang