Siakap Keli

Pernah Menggegarkan Dunia Dengan ‘Suaranya’, PM New Zealand Jacinda Arden Disahkan Bertunang

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden disahkan bertunang dengan jejaka pilihannya iaitu Clarke Gayford yang merupakan seorang penyampai televisyen dan radio. Menurut setiausaha akhbar, Andrew Campbell menyatakan bahawa pasangan tersebut sebenarnya telah bertunang pada bulan lalu namun ia tidak dimaklumkan kepada umum.

Times.com

Ia juga tidak diuar-uarkan di media sosial Jacinda mahupun Clarke. Clarke dahulu dikenali di New Zealand kerana kerjayanya sebagai pengacara rancangan memancing sebelum masuk ke bidang pengacaraan muzik di televisyen. Jacinda juga pernah memberitahu media bahawa beliau tidak dapat membayangkan bagaimana dirinya melamar pasangannya itu (Clarke).

Gambar : Mirror

Jacinda telah memperolehi reputasi yang mantap sebagai seorang pencetus yang beranimengeluarkan pendapat. Malah baru-baru ini beliau telah ‘menangi pujian’ dari seluruh dunia atas tindakannya terhadap serangan pengganas di Christchurch.

Newshub.com

Berikutan insiden itu, Arden dengan pantas telah memperkenalkan pembaharuan undang-undang berkaitan penggunaan senjata, memakai hijab untuk menunjukkan rasa hormat kepada masyarakat Islam dan mengatakan secara terbuka bahawa beliau tidak akan menyebut lagi nama pengganas tersebut.

Gambar : Vogue
Sumber : CNN

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.