Siakap Keli
Gambar Hiasan

Pesara Bunuh Cucunya Ketika Melawat Saudara Menggunakan Senapang Udara

Seorang lelaki berusia 77 tahun itu akan hadir ke mahkamah kerana kes pembunuhan cucunya yang berusia enam tahun secara tragis menggunakan senapang udara.

Mangsa ditembak di perut semasa melawat saudara mara lama datuknya dan bergegas ke hospital di mana dia meninggal pada hari yang sama di kampung Sproatley di East Yorkshire.

Polis menyifatkan kejadian itu sebagai satu kemalangan tragis yang melibatkan peluru udara pelet. Tetapi selepas siasatan yang panjang, datuknya telah disaman untuk hadir di Mahkamah Majistret Hull kerana memiliki senjata api tanpa lesen.

Kanak-kanak tersebut dilaporkan meninggal dunia sewaktu perjalanan ke hospital.

Detektif Sarjan Julian Gibbs daripada polis Humberside memberitahu inkues, hasil pemeriksaan oleh ahli keluarga mendapati mempunyai lubang kecil diperut. Malangnya tidak ada yang boleh membantu menyelamatkannya.

Sumber: Daily Mail

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang