Siakap Keli

Ribut Siklon Fani Dengan Kelajuan 220KM Per Jam Makin Hampir, India Panik Pindahkan 800 Ribu Penduduk Kosongkan Penempatan

India telah membawa keluar seramai hampir 800,000 penduduknya di wilayah timur disebabkan amaran Siklon Fani yang dijangka melanda penempatan itu dengan kelajuan 200km per jam berserta hujan dan ribut deras.

Menurut Bernama, Beratus-ratus ribu orang telah dipindahkan oleh pentadbiran tempatan dari kawasan di mana kesan Fani mungkin serius.

Semua penerbangan di lapangan terbang Bhubaneswar di timur negeri Odisha telah dibatalkan selama 24 jam mulai waktu tengah malam pada Khamis manakala lapangan terbang Kolkata akan ditutup dari pukul 9.30 malam waktu tempatan pada Jumaat sehingga 6 petang pada Sabtu, kata Direktorat Am Penerbangan Awam (DGCA).

Kerajaan Odisha berkata ia merancang untuk memindahkan 1.15 juta orang dan telah mendirikan sejumlah 4,852 pusat perlindungan bagi mangsa siklon dan banjir.

Negeri Bengal Barat dan Andhra Pradesh turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Ia dijangka bergerak lebih jauh ke utara timur laut dan muncul di Bangladesh pada Sabtu sebagai ribut siklonik dengan kelajuan maksimum angin 60-70 kilometer sejam, berkemungkinan mencapai kelajuan maksimum 80 kilometer sejam.

Sumber: Bernama, KompasĀ 

Nur Farra