Siakap Keli

(Video)Beberapa Kawasan Di Tawau Dinaiki Air

TAWAU, 3 Mei (Bernama) — Hujan lebat selama lapan jam di Tawau menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dinaiki air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin berkata hujan sejak pukul 3 pagi itu mengakibatkan beberapa jalan utama, kampung dan kawasan perumahan terjejas.

Bagaimanapun, katanya tiada mangsa dipindahkan.

“Kami menerima beberapa panggilan berlaku banjir di kawasan Tanjung Batu sehingga terputus laluan, termasuk kawasan terjejas teruk di Batu 2,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata setakat pukul 10.20 pagi ini, banjir semakin surut dan laluan utama boleh digunakan berikutan hujan semakin reda.

Antara kawasan terjejas ialah ialah Sin Onn, Tanah Perkuburan Jalan Utara dan Takada  termasuk sebuah pasar raya, Eastern Plaza,yang dimasuki air.

Sumber: BERNAMA

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi