Siakap Keli

Anak Kapal Lari Selamatkan Diri, Kapal Terbang Dinaiki Tergelincir Dalam Sungai Akibat Ribut Petir

Sekurang-kurangnya 136 orang penumpang dan anak kapal cemas dan bertindak melarikan diri setelah kapal terbang yang dinaiki tergelincir ke dalam sebuah sungai di Florida, Amerika Syarikat.

Pesawat Boeing 737 itu terbabas dari landasan dan memasuki sebuah sungai yang cetek dan tidak menenggelamkan keseluruhan badan kapal.

Pesawat Miami Air International itu dipercayai disewa oleh tentera AS berusaha untuk mendarat di lapangan terbang navy setelah melalui penerbangan dari Guantanamo Bay di Cuba.

Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat dan 21 orang warga dewasa dibawa ke hospital tempatan untuk kecederaan ringan. Namun begitu, kesemuanya berada dalam keadaan yang baik.

Dilaporkan, kejadian yang terjadi di sungai Jacksonville, Florida itu berpunca daripada ribut petir yang berlaku ketika itu.

Sumber: The Guardian

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa