Siakap Keli

”Dia Keluar Tak Tengok Kiri Kanan, Adik Aku Naik Motor Dia Langgar Sampai Meninggal,” Lagi Kes Keluar Simpang Tak Bagi Signal

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru, rakaman seorang lelaki yang bertindak menampar seorang pemandu wanita kerana berang dengan tindakan wanita tersebut yang didakwa tidak memberikan lampu isyarat untuk memasuki simpang jalan menjadi tular di media sosial.

Susulan itu, isu ini menjadi ‘panas’ dengan timbulnya pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang tidak bersetuju dengan tindakan lelaki berkenaan dan ada juga yang berkongsi pengalaman hitam berdepan dengan golongan mementingkan diri ketika memandu di jalan raya.

Tampil bercerita, seorang lelaki berkongsi kisah mengenai sahabatnya sendiri yang didakwa kehilangan adik akibat kecuaian pemandu lain yang terus keluar dari simpang tanpa melihat kiri dan kanan. Ikuti perkongsiannya seperti di bawah. Moga dapat dijadikan pengajatan kepada semua pemandu di luar sana agar mematuhi peraturan jalan raya supaya tidak membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.

Benda ni baru je jadi dalam beberapa minggu lepas kepada adik kawan aku.

Kesnya kereta keluar simpang, tak bagi signal, kena hentam dengan motor. Takde apa sangat pun. Adik dia mati je. Lepas tu driver perempuan play victim.

Simple kan? Sesimple kau, aku, dan semua orang ucap takziah al fatihah kepada keluarga mangsa.

Berbeza dengan kes kena lempang. Benda tu jenayah berat. Kena lempang pasal tak bagi signal ni satu perkara serius yang melibatkan maruah. Kau naik motor kot, apa kelayakan kau nak lempang pemandu kereta? Lagi-lagi wanita.

Bukan kena pun. Kalau kena claim la insurans. Kalau mati family kau dapat duit. Apa la sangat nyawa kau tu berbanding dengan puluhan ribu yang bakal keluarga kau dapat. Cuba fikir jauh sikit.

Sumber : Sharell Eizwan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.