Siakap Keli
Gambar Hiasan

Gastrik Bukan Alasan Untuk Tidak Berpuasa, 6 Tips Untuk Diamalkan Pesakit Gastrik Ketika Bulan Ramadhan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selalu kita dengar alasan-alasan yang menyebabkan seseorang tidak berpuasa adalah gastrik. Kebanyakan pesakit datang ke hospital pada bulan puasa adalah gastrik.

Umum mengetahui gastrik dalam bahasa perubatan adalah radang yang berlaku di permukaan perut. Ia disebabkan oleh jangkitan kuman Helibactor Pylori, alahan, pengambilan ubatan seperti ubat tahan sakit atau habit merokok.

Beberapa tanda seseorang itu mendapat penyakit gastrik adalah rasa sakit di ulu hati, kembung perut, rasa loya dan diikuti dengan muntah-muntah.

Ini adalah beberapa perkara yang dikongsikan oleh seorang jururawat, Bel Nawhen untuk diamalkan oleh pesakit gastrik ketika berpuasa.

1. Berbuka puasa dalam kuantiti yang sederhana, dan jarakkan pengambilan pemakanan. Contohnya berbuka dengan buah kurma dan segelas air seterusnya solat maghrib dahulu.

2. Makan nasi separuh pinggan, dsn ambil lauk seperti ikan stim beserta sayuran dan buah-buahan. Selesai Tarawih, makan buah-buahan, biskut, oat atau roti. Seeloknya segerakan berbuka dan melewatkan waktu bersahur.

3. Bagi mereka yang gastrik, seeloknya elakkan :

  • Makanan bergoreng
  • Makanan di dalam tin – kerana kandungan asid yang tinggi
  • Minuman bergas
  • Makanan yang mempunyai asid tinggi – contohnya limau, oren, tomato
  • Merokok
  • Minuman yang tinggi kandungan kafein seperti teh, kopi
  • Tidur sebaik sahaja selesai sahur atau berbuka
  • Berbuka dengan kuantiti yang banyak

4. Bagi pesakit yang didalam regime ubatan, pesakit dinasihatkan untuk mengambil ubat yang diberikan sewaktu sahur; jika diberikan sekali sehari. Sewaktu berbuka dan sahur; untuk ubatan dua kali sehari.

5. Anda perlu tahu bahawa makan makanan yang dipanggang lebih baik daripada yang digoreng. Dan anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter sepanjang malam di waktu Ramadhan.

6. Anda dinasihatkan untuk minum air susu atau air buahan yang tidak berasid contohnya pisang sewaktu sahur. Banyakkan makanan karbohidrat kompleks seperti beras perang, kekacang badam, oat.

Ingatlah berpuasa adalah tuntutan dalam Islam, jadi tiada penyakit yang tidak boleh dirawat. Janganlah jadikan sakit itu sebagai alasan untuk tidak berpuasa.

Sumber: Bel Nawhen

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang