Siakap Keli

‘Ibu Pejabat Avengers’ Dibina Lebih Besar, ‘Thor’ Sedia Ambil Alih, Saiz Bersamaan Sebuah Lapangan Terbang

Peminat-peminat Avengers pastinya mengetahui tentang ibu pejabat Avengers yang menjadi pengkalan bagi wira-wira Avengers untuk berkumpul. Tanpa disedari, terdapat ‘ibu pejabat’ lain yang sedang dibina mungkin lebih besar daripada saiz banggunan ibu pejabat Avengers itu.

Bintang filem Avengers, Chris Hemsworth sedang membina rumahnya yang direnovasikan seakan-akan berbentuk ibu pejabat Avengers dimana struktur dan saiznya sama seperti sebuah pusat membeli-belah, lapangan terbang dan sebuah kilang. Chris yang memainkan watak Thor di dalam filem-filem keluaran Marvel itu membelanjakan lebih kurang $9 juta untuk membina kediamannya bersama keluarga.

Kredit: UK Home I Daily Mail Online

Apa yang menarik, reka bentuk rumah yang hampir selesai dibina itu seakan-akan reka bentuk pejabat Avengers yang boleh dilihat menerusi dalam filem.

Pembinaan rumah itu telah bermula pada 2017 dengan di Bryon Bay, Australia. Sebelumnya, Chris telah membeli rumah itu dan kemudiannya membuat renovasi terhadap banggunan tersebut sehingga mungkin menjadi lebih besar daripada ibu pejabat Avengers seperti yang dibintangi dalam filem. Pada tahun ini, rumah yang dibina di atas tanah seluar 4.2 hektar itu hampir siap.

UK Home I Daily Mail Online

Kediaman yang terletak di Pantai Seven Mile itu mempunyai landskap yang menarik bersama pokok-pokok sawit yang rimbu. Ini seperti yang diingini oleh Chris sendiri untuk mempunyai kediaman di kawasan yang tenang.

Sumber: Elite Readers

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa