Siakap Keli

”Saya Merayu Tun, Bagilah Abah Kebenaran Tunaikan Umrah, Abah Bukannya Nak Lari” – Nurul Zahid

Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya pasportnya yang berada dalam simpanan mahkamah dikembalikan sementara supaya beliau dapat mengerjakan umrah.

Tindakan itu susulan beberapa pertuduhan di mana beliau kini berdepan 47 pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah (CBT) dan rasuah.

Menerusi instagram Nurul Zahid, beliau merayu kepada Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad agar dapat menerima permintaan bapanya kerana sangat memberi makna yang besar kepada mereka.

Bapanya itu juga dikatakan tidak mempunyai niat lain untuk melarikan diri selain hanya ingin melakukan ibadat. Malah katanya, selama 30 puluh tahun ini, menunaikan umrah di Mekkah dalam 10 hari terakhir Ramadhan merupakan kebiasaan yang dilakukan oleh Zahid Hamidi.

https://www.instagram.com/p/Bt_AYykhukH/

Sumber : Instagram nurul.zahid

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.