Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Tak Boleh Tangguh Lagi,” Lelaki Ini Kongsi 9 Perkara Seorang Ayah Kena Buat Segera

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seorang lelaki yang bergelar ayah ini pastinya sudah tahu tanggungjawab yang sangat berat untuk dipikul. Walaupun nampak mudah tetapi tanggunhjawab seorang ayah lah yang paling berat.

Tetapi, bagaimana pula jika anak-anak kecil yang kehilangan seorang ayah pada usia yang muda? Pastinya akan terkial-kial menruskan hidup selepas itu.

Paling terkesan sekali sudah pasti seorang isteri atau ibu yang terpaksa galas semua tanggungjawab ketua keluarga seorang diri. Dengan keadaan anak-anak yang masih kecil pastinya memberi kesan yang mendalam kepada mereka.

Oleh itu, ini adalah perkongsian oleh Mohd Fhais untuk insan yang bergelar ayah.

1. Berikan didikan agama pada anak

Ilmu agama ni penting, lahirnya anak yang soleh dan solehah. Anak soleh solehah ini la yang akan mendoakan ayahnya di sana nanti. Lagipun anak lelaki kan penganti imam ayahnya.

2. Membuat amal yang banyak

Amal jariah juga saham akhirat kita. Terutamanya amal jariah pada keluarga sendiri, manfaatnya berganda dari biasa. Anak pun akan kita sampai bila-bila. Itu yang kena kejar.

3. Mengajar anak berdikari

Dari kecil kena ajar anak berdikari. Ilmu komunikasi, emosi dan akademik tak dapat mahir, asas mesti kena ada. Supaya dia tak terlalu menyusahkan ibu dia nanti.

4. Selesaikan hutang

Hutang tak hilang lepas mati. Baik yang meminjam atau yang bagi pinjam, sebaiknya selesaikan secepat mungkin. Kalau tak dapat sediakan duit tunai, sediakan hibah takaful untuk selesaikan hutang.

5. Sediakan duit banyak untuk anak-anak

Mesti ada sediakan duit yang banyak untuk anak-anak teruskan hidup tanpa kita. Itu amanah. Duit ni gunanya untuk pendidikan, sara diri dan makan pakai mereka.

6. Sediakan tempat tinggal yang selesa

Tempat tinggal mesti ada. Kalau tak ada mana anak nak tidur, tinggal dan berehat. Jika rumah sewa, sediakan dana untuk isteri sambung bayar sewa bulanan. Jangan abaikan, ini penting!

7. Buat hibah semua simpanan dan harta

Kalau ada harta atau simpanan buat hibah siap-siap. Jika tak hibah semua tu akan jadi harta pusaka, bila dah jadi harta pusaka boleh jatuh faraid. Bertahun-tahun isu faraid ni tak selesai, kesian anak bini turun naik mahkamah.

8. Ilmu yang bermanfaat

Ilmu bermanfaat ni paling bermakna bila di turunkan pada anak sendiri. Selain sedekah ilmu, anak pun dapat manfaat dalam hidup dia. Semakin berguna ilmu tu, semakin besar manfaat si ayah dapat.

9. Sediakan tabung kecemasan

Tabung kecemasan ni penting supaya anak isteri tak terpaksa meraih simpati orang lain untuk meneruskan hidup. Kos perubatan, kos sara hidup, kos pendidikan semua akan naik setiap tahun, sebaiknya tabung kecemasan boleh mampu tampung hidup mereka untuk 10 tahun akan datang.

Ingatlah, tanggungjawab anak tamat setelah ibu ayah mereka meninggal tetapi tanggungjawab ibu ayah tak pernah hilang selagi anak masih hidup.

 

Sumber: Mohd Fhais

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang