Siakap Keli
Kredit: WORLD OF BUZZ & Viagogo

Tiket Tak Wujud, Duit Melayang, Peminat Fanatik Westlife Kempunan Saksikan Kumpulan Idamannya

Kumpulan terkenal antarabangsa yang terkenal dengan lagu My Love bakal mengadakan konsert mereka di Shah Alam pada bulan Ogos akan datang. Penjualan tiket sudah dimulakan dan rata-rata peminat sudah mula mendapatkannya.

Namun, nasib malang menimpa seorang wanita apabila hasratnya untuk menyaksikan konsert itu secara langsung terkubur dek kerana ditipu ketika proses pembelian tiket. Perkara ini kerana ‘tiket’ yang dibelinya di laman sosial sebenarnya tidak wujud.

Wanita berusia 35 tahun itu mula menyedari dirinya ditipu setelah menerima pesanan daripada seorang lelaki yang mendakwa dia juga ada membeli tiket dari suspek, namun suspek tidak dapat dihubungi untuk sebarang pengesahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Yusuf berkata, wanita tersebut ditawarkan tiket yang berharga RM487 bagi memperolehi tiket zon kuning. Tambahnya lagi, mangsa dihubungi untuk memaklumkan bahawa dia perlu membuat bayaran tambahan kerana kuantiti tiket yang dihantar adalah dua.

Wanita tersebut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sumber: BERNAMA

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa