Siakap Keli
Gambar: Bernama & JPN

Penantian 40 Tahun Warga Emas

Seorang warga emas terpaksa menanti selama 40 tahun untuk mendapatkan dokumen pengenalan dirinya. Setelah sekian lama menanti, Embong Muhamad, 71, yang tinggal di Jertih telah menerima dokumen pengenalan tersebut pada 4 Mei 2019. Kad pengenalan baru (MyKad) dan sijil kelahiran telah diserahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Ruslin Jusoh di rumah Embong Kampung Lay Out Gerai.

Menurut Embong, dia mengalami kesukaran dalam proses mendapatkan kad pengenalannya yang baru kerana tidak mempunyai sijil kelahiran. Dia juga terpaksa memperbaharui kad pengenalan sementaranya setiap tiga bulan. Perkara sebegini berlaku kepada Embong disebabkan kad pengenalannya pernah diambil oleh majikan untuk proses pengurusan gaji namun tidak dipulangkan sehingga ke hari ini.

Embong juga pernah ditipu oleh beberapa pihak yang menjanjikan akan mempermudahkan dan mempercepatkan proses untuk mendapatkan kad pengenalan baru. Kira-kira RM4000 kerugian yang terpaksa ditanggungnya ekoran penipuan pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Kini, impian beliau untuk menunaikan haji dapat diuruskan dengan lebih mudah kerana telah mempunyai dokumen pengenalan yang sah.

Sumber: BERNAMA

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.