Siakap Keli

Taufan Fani ‘Serang’ Gunung Everest, 20 Khemah Diterbangkan

Sekurang-kurangnya 20 buah khemah yang didirikan di Everest Base Camp ditiup angin kencang Saiklon Fani pada jumaat lepas. Pihak kerajaan tempatan Nepal telah mengeluarkan amaran supaya semua agensi pelancongan dan kakitangan untuk memastikan keselamatan para pelancong.

Menurut Mira Acharya, Pengarah Hotel dan Mountaineering di bawah Jabatan Pelancongan, mereka telah menerima laporan beberapa khemah telah rosak dalam angin kencang tersebut. Nyatanya lagi, kesemua pendaki dan kakitangan sokongan selamat.

Lantaran laporan buruk akibat taufan yang melanda itu, Pusat Operasi Kecemasan telah meminta semua pengusaha agensi pelancongan untuk menangguhkan semua penerbangan helikopter sehingga hari Sabtu.

Angin kencang Saiklon Fani telah bermula pada pagi 3 Mei itu telah menimbulkan kekecohan di negeri Odisha. Akibat daripada itu, sekurang-kurangnya 12 nyawa telah dilaporkan terkorban setakat ini. Angin kencang tersebut juga telah memusnahkan harta benda setempat dengan skala yang besar. Kerja-kerja pemulihan sedang giat dijalankan bermula pada hari Sabtu melibatkan seluruh 10,000 kampung dan kawasan bandar.

Sumber: ANI

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa