Siakap Keli
Gambar Hiasan

13 Pelajar Mengalami Sesak Nafas Ketika Buat Uji Kaji Iodin Di Sekolah

Seramai 13 pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas mengalami sesak nafas selepas terhidu gas iodin daripada uji kaji yang dijalankan semasa sesi pembelajaran mereka hari ini.

Pada pukul 9.57 pagi memaklumkan 11 orang pelajar perempuan dan dua pelajar lelaki terkesan daripada terhidu gas iodin berkenaan.

Menurut maklumat awal, mereka menjalankan proses uji kaji melibatkan iodin bersama guru dan dalam uji kaji tersebut tetiba meluap keluar, berikutan dengan itu, kekurangan pengudaraan dalam makmal menyebabkan 13 pelajar mengalami sesak nafas dan batuk yang berterusan.

Semua pelajar medapat rawatan awal oleh anggota Perhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dari balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru. Salah seorang daripada pelajar perempuan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut manakala yang lain stabil.

Tiada sebarang letupan atau kebocoran kimia dalam kejadian itu.

 

–BERNAMA

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang