Siakap Keli

Berpantang Maut Sebelum Ajal, Seorang Lelaki Terjatuh Dalam Gunung Berapi Ditemui Masih Hidup

Setiap tahun, beribu-ribu pelancong berduyun-duyun ke Kilauea Volcano Hawaii untuk melihat sendiri gunung berapi yang paling aktif di dunia itu. Namun, seorang pelancong yang melawat tapak itu minggu lepas telah mendapat pengalaman yang pastinya tidak akan dilupakannya apabila dia terjatuh ke dalam kaldera gunung berapi tersebut.

Lelaki yang tidak diketahui namanya itu telah memanjat pagar di Steaming Bluff untuk melihat secara lebih dekat gunung berapi itu, sebelum tersilap langkah dan jatuh sedalam 21 meter ke dalam kaldera.

Pasukan kecemasan mengambil masa dua jam setengah untuk mencari lelaki itu sebelum berjaya menemuinya di tebing yang sempit dalam keadaan yang masih hidup dengan kecederaan parah.  Menggunakan gabungan tali dan bakul penyelamat, lelaki itu bernasib baik kerana pasukan penyelamat dapat mengangkutnya keluar daripada kaldera tersebut.

John Broward, yang merupakan Ketua Ranger di taman itu berkata:” Pelawat sepatutnya tidak boleh menyeberangi penghalang yang diletakkan untuk keselamatan, terutamanya yang melibatkan di sekitar tebing yang berbahaya dan tidak stabil.

“Menyeberangi halangan keselamatan dan memasuki kawasan tertutup boleh mengakibatkan kecederaan serius dan kematian.”

Insiden sebegini pernah berlaku pada Oktober 2017, dan mangsa yang terjatuh itu tidak bernasib baik selepas maut akibat daripada menyeberang halangan keselamatan yang telah di letakkan.

Video: Video hiasan keadaan di Gunung Berapi Kilauea Hawaii.

Sumber video: Fobos Planet

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right