Siakap Keli

Boleh Ke Baca Niat Puasa Sebulan Terus? Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukumnya

Ketika artikel ini ditulis, hari ini adalah hari pertama umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa. Semestinya rasa teruja menyelubungi hati tatkala melaksanakan ibadah terawih malam tadi. Lebih-lebih lagi perasan bangun seawal 4 pagi untuk menjamu makanan sahur. Nikmat yang hanya boleh dirasai setahun sekali ini benar-benar membangkitkan rasa bersyukur.

Ramadhan adalah raja segala bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran. Keistimewaannya menjadikan ramai manusia berlumba-lumba untuk melakukan amal ibadat kepada Allah. Segala amal baik akan dibalas oleh Allah dengan pahala yang berlipat kali ganda.

Gambar : About Islam

Sebelum berpuasa, umat Islam diwajibkan untuk berniat. Niat adalah syarat sah puasa yang boleh dilakukan selepas waktu berbuka sehingga waktu sahur. Dan disinilah persoalan mula timbul. Antara soalan yang selalu diujarkan oleh masyarakat adalah :

Perlukah saya memperbaharui niat pada setiap malam atau boleh saya niatkan 30 hari sekaligus?

Persoalan ini telah dijawab sendiri oleh Pejabat Mufti Wilayah

Menurut mereka :

Ini merupakan antara permasalahan yang sering timbul dikalangan masyarakat Islam dan menurut pembacaan kami, para ulama’ telah terbahagi kepada dua pendapat di dalam permasalahan ini:

  • Pertama: Boleh diniatkan terus sebulan berpuasa dan ini merupakan pendapat al-Imam Zufar dan al-Imam Malik. Mereka mengatakan bahawa berpadalah bagi seseorang itu untuk berniat sekali sahaja iaitu dengan meniatkan sebulan berpuasa pada awal permulaan niat.
  • [1] Ianya sepertimana solat yang mana seseorang itu hanya perlu niat dipermulaan solat dan tidak perlu mengulanginya pada rakaat-rakaat yang lain. Begitu juga pendapat mereka bagi puasa yang berturutan seperti puasa kafarah dan juga puasa kafarah bagi had zihar.
Gambar : Islam dan Mazhab
  • Kedua: Tidak berpada dengan niat sebulan sekaligus bahkan perlulah memperbaharui niat pada setiap malam.[2] Ini adalah pendapat jumhur berdasarkan keumuman hadith Hafsah R.Anha sebelum ini. Ini kerana, puasa itu setiap harinya adalah ibadah yang bersendiri (mustaqil).
  • Ia tidak terikat antara satu sama lain (dengan hari lain-lainnya). Puasa pada hari berikutnya juga tidak rosak sekiranya pada hari ini rosak. Tidak seperti solat yang mana sekiranya batal di rakaat pertama, maka batallah keseluruhan solat itu.

Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.