Siakap Keli

Dapat Tentangan Hebat Dari Masyarakat Antarabangsa, Brunei Batal Hukuman Rejam Sampai Mati

Sultan Brunei telah menyatakan bahawa negaranya itu tidak akan menguatkuasakan hukuman mati yang dikenakan ke atas golongan penzina LGBT selepas mendapat tentangan daripada masyarakat antarabangsa.

Sultan Brunei itu telah membuat keputusan untuk membuat pusingan U sekali gus ianya telah menjadi berita baik buat golongan LGBT serta beberapa selebriti yang berjuang untuk menentang rancangan yang dibuat oleh Sultan tersebut.

Negara Asia Tenggara yang kecil itu pada hari ini telah membuat penangguhan rasmi dalam memperkenalkan undang-undang syariah Islam yang dikritik hebat daripada masyarakat antarabangsa.

Sultan Hassanal Bolkiah telah berubah fikiran selepas rancangannya itu telah menjadi tajuk utama di media barat apabila selebriti seperti George Clooney dan Elton John membidas tentang undang-undang yang mahu dilaksanakannya itu.

Bantahan tersebut turut termasuk memboikot hotel yang dimiliki Sultan Brunei itu serta mengancam untuk menjejaskan industri pelancongan negara yang kaya dengan minyak itu.

Gambar: Mirror

Negara itu telah mencetuskan kontroversi terutamanya kepada barat apabila ianya mahu melancarkan penggunaan undang-undang Islam terkini yang dikenali sebagai Syariah, pada 3 April.

Undang-undang itu bakal memperlihatkan pesalah yang bersalah dalam kes liwat, zina dan rogol akan dihukum mati dengan cara direjam menggunakan batu.

Brunei juga turut mahu memperkenalkan hukuman yang berasingan kepada pesalah yang dikategorikan sebagai lesbian dengan hukuman yang bakal dikenakan iaitu 40 sebatan menggunakan rotan dan penjara selama 10 tahun.

Brunei secara konsistennya telah mempertahankan haknya untuk melaksanakan undang-undang itu di negaranya sendiri semenjak daripada tahun 2014.

Walau bagaimanapun, untuk membalas segala tohmahan yang dilemparkan ke atasnya, beliau menyatakan bahawa, hukuman mati tidak akan dilaksanakan apabila Brunei melaksanakan Syariah Penal Code Order (SPCO).

“Saya sedar akan persoalan serta salah tanggapan berkenaan dengan pelaksanaan SPCO,” ujar Sultan Brunei dalam satu ucapan yang dibuat sempena permulaan bulan Ramadan.

“Walau bagaimanapun, kami percaya bahawa selepas undang-undang ini sudah dijelaskan dan difahamkan, kebaikan yang didapati daripada undang-undang ini akan terbukti.

Gambar: Mirror

“Seperti yang terbukti selama lebih daripada dua dekad, kami telah melakukan moratorium de facto terhadap pelaksanaan hukuman mati untuk kes-kes di bawah undang-undang umum.”

Jenayah seperti membunuh dan mengedar dadah telah lama menggunakan hukuman mati kepada pesalah yang didapati bersalah di negara itu. Walau bagaimanapun tiada pelaksanaan telah dibuat semenjak daripada tahun 1990.

Sultan Brunei yang juga terkenal dengan kekayaannya itu pada suatu ketika pernah mengendalikan pesawat Boeing 747 miliknya itu sendiri untuk bertemu dengan bekas presiden US ketika itu iaitu Barrack Obama, beliau juga sering menerima kritikan daripada aktivis yang memandang sistem perlembagaan monarkinya itu sebagai zalim.

Walau bagaimanapun, ianya sangat tidak bagus jika beliau memberi respon terhadap aktivis yang tidak menyukai sistem perlembagaan yang dilaksanakannya.

“Kedua-dua undang-undang umum serta undang-undang Syariah yang akan dan bakal dilaksanakan bertujuan untuk mengekalkan keamanan serta keharmonian negara ini,” ujar Sultan dalam ucapannya.

“Undang-undang tersebut juga penting dalam melindungi moral dan kesopanan negara serta privasi individu itu sendiri.”

Pelaksanaan undang-undang yang dikecam oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu telah mendorong para selebriti dan kumpulan hak asasi untuk memboikot hotel yang dimiliki oleh Sultan Brunei itu, yang berada di Dorchester, London dan Beverly Hills Hotel yang terletak di Los Angeles.

Ada juga syarikat multinasional yang telah mengharamkan kakitangan mereka daripada menggunakan hotel yang dimiliki Sultan Brunei, dan ada juga syarikat pelancongan yang telah berhenti mempromosikan Brunei sebagai destinasi pelancongan.

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right