Sudah lama berkawan, semestinya akan sampai satu tahap di mana anda dan pasangan akan tekad untuk mengakhirnya ke arah yang lebih serius. Perkahwinan adalah ikatan suci di antara dua orang insan. Ia merupakan percaturan terbesar dalam hidup seseorang dan untuk itu, perancangan teliti perlu di ambil untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Mungkin ada yang menyangka bahawa mereka telah betul-betul mengenali si cinta hati. Namun setelah kahwin, banyak mahligai yang kecundang dengan alasan masing-masing tidak serasi. Malah ada yang berpisah kerana mereka tidak betul-betul bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Lebih menakutkan adalah apabila mengetahui bahawa pasangan kita itu sebenarnya tidak berlaku jujur dengan kita. Mungkin sudah pernah berkahwin, rekod jenayah ataupun memiliki anak di luar nikah. Disebabkan itulah kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku, tidak salah berhati hati. Jangan tunggu ‘sudah terhantuk, baru hendak terngadah’.
Caraya mudah sahaja:
[1] Anda hanya perlu ke portal rasmi E-Syariah.
[2] Pilih bahagian semak status kes dan masukkan nombor kad pengenalan pasangan anda.
[3] Semak Keputusan Anda
Apa pun keputusannya, pastikan anda berfikir panjang sebelum mendirikan rumah tangga. Cuba berbincang baik-baik setiap perkara. Tiada manusia yang sempurna, kita dijadikan pasangan untuk saling melengkapi.
Sumber : esyariah.gov.my