Siakap Keli

Gergasi Telekomunikasi Celcom Dan Digi Bergabung, Najib Razak Dedah Celcom Bukan Milik Malaysia Lagi

Axiata atau dahulunya dikenali sebagai TM International Berhad adalah salah sebuah syarikat telekomunikasi dengan operasi berterusan di Asia. Ia merupakan syarikat yang ditubuhkan pada 12 Jun 1992 dan pada 2 April 2009, TM International Berhad telah melakukan penjenamaan semula dengan melancarkan nama dan logo baru syarikat iaitu Axiata.

Terbaru, heboh diperkatakan bahawa Axiata Group Berhad mengumumkan Celcom dan Digi akan bergabung menjadi syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia pada tahun ini. Gabungan ini sudah pasti akan memberikan impak yang besar kepada pasaran Asia Selatan dan Tenggara.

Perkaras ini juga dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak dalam hantaran terbarunya di Facebook. Menurutnya:

Hari ini, Axiata milik Khazanah Nasional telah mengumumkan bahawa CELCOM akan digabungkan dengan DiGi. Selepas digabung, syarikat negara Norway Telenor akan memilik dan menguasai syarikat baru itu dengan kepentingan saham 56.5% manakala Axiata ada 43.5%,

Gambar : Mobile World Wide

Dengan ini, CELCOM bukan lagi syarikat telekomunikasi Malaysia dan menjadi syarikat negara Norway. Kebiasaannya untuk gabungan syarikat dalam industri yang sama, ramai di CELCOM dan DiGi bakal kehilangan pekerjaan mereka.

Sebelum PRU14, syarikat Axiata adalah satu syarikat menguntungkan.

Tahun 2017, Axiata untung RM909.48 juta iaitu kenaikkan 80% berbanding tahun 2016. Tahun 2018 di bawah PH pula, Axiata catat kerugian RM5.03 billion iaitu paling besar dalam sejarah mereka.

Gambar : Aspire

Oleh itu, Axiata telah jual banyak aset selepas tahun lepas.

Bulan Februari ini, Axiata menjual syarikat telekomunikasi M1 kepada Singapura dengan harga RM1.65bil. Bulan April, Axiata jual perniagaan digital mereka kepada Singapura dengan harga RM579 juta.

Minggu lepas, Axiata jual kepentingan dalam aset digital lain kepada Mitsui dari Jepun. Tetapi peratusan kepentingan dan harga tidak dinyatakan.

Hari ini, menyerah kuasa mengawal dan kepentingan saham terbesar dalam CELCOM kepada syarikat Norway.

Sumber : Najib Razak 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.